Wednesday, March 14, 2012

Suara Orang Muda bah!

Salam. Bismilah.

Suatu tengahhari yang agak sibuk di pejabat. Interkom berbunyi. Jane angkat phone.
Christine : "Micheal Chai datang cari kau"
Jane : " Okey.. kejap lagi saya keluar"
Talian di matikan. Jane ambil document yang nak di bagi.
Aku : "Oh.. Micheal Chai dah datang?"
Jane : "Ya.. saya pi bagi ni document kijap"
Aku : " Ah.. aku tia pernah nampak Micheal Chai. pernah cakap di phone ja. tolong tengok untuk aku.. dia hensemkah tidak?"
Aku ketawa. Bergurau saja sebenarnya.
Jane: " Cis.. Micheal chai! Tak payahlah Mie.. orang tua bah tu"
Aku: "Eh.. yakah? Tua kah? Tapi suara dia macam orang muda bah..."
Jane : " ish.. orang tua bah Micheal Chai tu. Mana ada suara dia muda.. Kau punya telinga tu saja dengar macam orang muda.. tuanya tu!"
Aku : " Oh...."

Jane keluar. Entah kenapa hatiku gatal juga mau keluar melihat bank officer bernama Micheal Chai itu. Sumpah! Suaranya tidak macam orang tua! Di luar. Aku lihat seorang lelaki cina muda hensem berdiri di kaunter depan. 'ah.. siapa tu? Micheal Chai kan tua. oh.. mungkin Micheal Chai di waiting area.' Miss Bety ternampak aku yang tercongak-congak dari jauh.

Jane: " Hi.. Micheal Chai asked you to come?"
Tanya Jane dengan confidentnya - sebab dia ingat Micheal Chai orang tua. Bukan Liang Chai yang berdiri di depannya tu. Micheal Chai diam kejap & pandang Jane seketika dengan muka semacam.
Micheal Chai : " I am Micheal Chai"
Jane : "Ops!.. ah really? ahahaha.." (cover malu)
Jane macam mau gali lubang and terjun dalam lubang tu muahahaha! entah macam mana dia sudah program dalam otaknya yang Micheal Chai orang tua. jadi petang itu aku ketawakan Jane sampai aku tidak larat ketawa sudah..

" kan aku sudah cakap.. suara dia macam sauara orang muda....!! hehehe.. muda and hensem lagi punnn..."


* can we judge people from thier voice? hehe..

Cerpen : Janji rahsia

Salam. Bismilah.


Pembaca yang dihargai. Cerpen yang diilhamkan dengan sekeping gambar. Tema bulan ini dalam Secret 7 writer. Aku sahut cabaran cik Bidadari  :) gambar di bawah menerbitkan pelbagai cerpen/kispen dari penulis-penulis di S7W. Jom baca :)



“Satu.. Dua.. Tiga.. Empat…” Owin terus mengira. Ujie, Jojo, Ben dan Wani berkeliaran mencari tempat sembunyi. Ben tarik tangan Wani. Mereka berlari-lari anak ke tepi sungai.Owin hanya pura-pura menutup mata. Dia curi-curi pandang arah tuju lari Ben dan Wani.
“Shu… Owin pasti tidak jumpa kita di sini” Kata Ben pada Wani. Wani mengangguk. Mereka diam menunggu.
“Wani…” Ben mendekat dan mencium Wani.
“ Wani cantik.. besar nanti Ben nak kawin dengan Wani” Kata Ben pada Wani yang terkejut. Tapi kemudiannya Wani tersenyum dan mengangguk. Wani mendekat dan mencium Ben pula.
“Janji?” Kata Wani.
“Janji..” Ben mengangguk.
“ Hei.. jumpa kamu!” Sergah Owin yang muncul tiba-tiba.
“ Oh.. tak sangka kau boleh cari kami” Kata Ben.
“Sudah tentu.. Sebab saya pasti boleh cari Wani” Kata Owin dan tersenyum pada Wani.
“ Ah.. cantiknya air sungai, Jom kita main pancing-pancing.. Wani pergi panggil Ujie dan Jojo. Saya dan Ben cari ambil kayu pancing”Kata Owin dan mereka bersetuju.
“ Wani.. ingat janji kita tau!” Kata Ben pada Wani sebelum Wani pergi memanggil Ujie. Wani mengangguk dan tersenyum. Owin berkerut.
“Janji apa Wani?” Tanya Owin tak puas hati.
“ Ah.. Rasia” Kata Wani sambil berlalu. Owin bengang. Ben senyum lebar.
“ Ben.. Kau suka Wani?” Tanya Owin bila Wani sudah pergi. Ben tersengih.
“ Aku nampak kau cium dia tadi..” Kata Owin marah.
“ Ah.. kau dah nampak? Tolong jangan hebohkan dengan kawan sekelas..” Pinta Ben.
“ Eh.. Ben! Tengok.. ada sesuatu di dalam sungai..” Ben segera mendekat air sungai. Mencari sesuatu yang dikatakan Owin. Tak sedar Owin sedang mengangkat sebilah kayu tinggi-tinggi di belakangnya dan dengan sekuat hati memukul kepala Ben.
“ Ahhh….” Darah memercik dan Owin tersenyum puas.
“Tak boleh.. kau tak boleh rampas Wani” Kata Owin sambil tertawa.
 Agus terpekik. Mimpi itu berulang lagi, sejak dia berusia 7 tahun. Mimpi yang sama setiap kali menjelang harijadinya. Mimpi ngeri yang sama dan seolah-olah benar. Mimpi tentang dirinya sebagai budak lelaki bernama Ben yang dibunuh di tepi sungai. Dia dibunuh sekali lagi oleh budak bernama Owin itu. Setiap tahun menjelang harijadinya dia bermimpi dibunuh oleh budak itu. Malam itu harijadinya yang ke 12 tahun dan mimpi itu masih sama.

“ Agus..? Kau kenapa?” Suara ibunya bertanya dari luar. Setiap tahun menjelang harijadinya. Agus pasti akan menjerit dalam tidur. Ibunya risau juga.

“ Tak ada apa bu..”Sahut Agus sambil mengesat peluh di dahinya. Dan kerana mimpi itu Agus amat ambil hati terhadap budak perempuan bernama Wani. Jika ada budak perempuan bernama Wani. Agus akan menjauhinya. Membencinya. Kerana budak bernama Wani itulah punca dia dibunuh di dalam mimpi. Walaupun dia ingat dengan jelas muka Wani didalam mimpinya tapi Agus tetap membenci budak lain bernama Wani sekalipun rupa mereka tidak sama.


******
Kisah seterusnya aku hantar ke Secret 7 writer :) sila terjah ke sana sabtu ini kisah seterusnya akan bersiaran secara langsung :)

Sunday, March 11, 2012

Kisah Satu Malam

Salam. Bismilah.

Kisah satu malam? Kisah ini dikisahkan semula dan diwarnakan dengan touch up yang hampir asli dengan warna asal. Kita ikuti kisah si ramee dan cerita ayahnya :) baca waktu malam paling best kisah ni sebenarnya hehehe.. para pembaca/follower yang di hargai. Panjang sikit cerita ni.. harap bersabar membacanya (Jika sudi) harap berani habiskannya hehe..
(Ramee mendengar kisah satu malam)

Ramee tarik selimut. Dia tenung muka cikgu Salleh dalam-dalam. Bersedia untuk mendengar. Kakaknya Nomee ikut menyempit di situ. Malam itu macam malam-malam minggu yang lain Cikgu Salleh datang bertandang ke rumahnya. Bercerita tentang kisah lama. Kisah semasa mereka muda –mudi. Kisah yang pernah dilalui ayah dengan kawan rapatnya- cikgu Salleh.



“ Jas.. kau ingat cerita pasal menunggu buah durian?” Ayah tertawa mendengar pertanyaan Cikgu Sellah. Mana mungkin dia lupa. Ramee dan adik beradiknya yang lain tertanya-tanya. Mereka belum pernah mendengar kisah itu.


*****


“AAuuuuuuuu..”
Bunyi anjing melaung sayup. Salleh dan Jasmin tidak peduli sangat dengan bunyi laungan anjing itu. Benar bunyinya agak menyeramkan. Tapi mereka adalah anak muda. Anak lelaki mana boleh takut.


“ Jas.. cepatlah!” Kata Salleh yang dibonceng. Jasmin mengayuh basikal lebih laju. Mereka akhirnya sampai.


“ Kau suluh baik-baik jalan tu” Kata Jasmin pada Salleh yang memegang lampu picit. Basikal mereka parkingkan di tepi gubuk usang tak jauh dari pokok durian yang berbuah lebat.


“Harap-harap banyak durian yang jatuh malam ni” Kata Salleh sambil menyuluh ke atas pokok durian yang berbuah lebat. Jasmin mengangguk angguk berharap hal yang sama. Sambil menghalau nyamuk dengan asap rokok mereka berbual-bual menunggu cik durian jatuh ke bumi.


(Auuuuuuuu... si anjing melolong)

“ Aku tak sedap hati la dengar bunyi lolongan anjing tu.. kejap macam jauh.. kejap macam dekat” Kata Salleh menyuarakan rasa seramnya. Malam itu malam jumaat. Mulanya dia berkeras tidak mahu menunggu durian malam itu. Tapi setelah dipujuk Jasmin dia mengalah.
“ Alah.. anjing saja. Apa nak takut!” Kata Jasmin menyakinkan Salleh meskipun bulu romanya sendiri turut menegak.
“Buk!”
terdengar bunyi durian jatuh. Mereka berdua bingkas.
“ Nah! Dah pun jatuh sebijik! Jom cari..” mereka berdua berkeliaran mencari durian itu. Jasmin jumpa. Dia tersengih suka.
“ Baru sekejap kan dah ada sebiji” Katanya puas hati. Durian itu agak besar dan baunya sungguh mengiurkan. Tapi lolongan sang anjing masih menganggu ketenteraman mereka berdua.
“ Kau dengar tu.. tadi macam dekat je bunyi anjing tu. Sekarang macam dah jauh.. tak ke pelik?” Kata Salleh masih tak sedap hati.
“ Apa yang pelik. Anjing tu merayau sana sini sebab tu la bunyi dia kejap dekat kejap jauh” Jasmin cuba mententeramkan perasaan kawannya. Hatinya turut gundah sebenarnya. Dia ingat cerita arwah Atoknya. Kalau ‘benda’ tu dekat bunyinya jauh. Kalau ‘benda’ tu jauh.. bunyinya dekat. Jasmin tak mahu menambahkan rasa kecut dihati Salleh. Jadi dia tak mahu cerita pasal cakap-cakap arwah Atoknya itu.
“ Jas.. aku rasa kita balik sajalah. Dah jam 11 lebih ni. Lagi pun malam ni malam jumaat. Aku rasa tak senang hati..” Kata Salleh sambil menyuluh lagi ke atas pokok durian. Dia tiba-tiba tersuluh sesuatu berwarna putih. berderau darahnya tersuluh benda putih melayang itu.
“Eh.. apa tu?” Katanya lantas terus menyuluh. Tapi benda itu melayang pergi. Hilang sebelum sempat Jasmin melihat kelibatnya.
“ Mana?” Tanya Jasmin. Tapi suluhan Salleh hanya tertangkap buah-buah durian yang ranum.
“ Aku macam tersuluh benda warna putih tadi..terbang melayang. eh! Jas.. jomlah kita balik! Aku takutlah!” Akhirnya Salleh mengakui rasa takutnya.
“ Alah.. kau salah lihat tu. Baik.. kita tunggu sebiji lagi jatuh. Baru ngam. Satu untuk kau satu untuk aku.. lepas tu kita balik!” Pujuk Jasmin sambil menunjuk buah durian nan sebiji itu. Mahu tak mahu Salleh mengalah. Bunyi lolongan anjing semakin sayup-sayup kedengaran. Sebenarnya Jasmin lebih suka kalau bunyi lolongan itu dekat. Dia risau juga kalau bunyi lolongan itu kedengaran jauh. Itu maknanya 'benda' tu dah semakin dekat dengan mereka. Teori Atoknya.
“ Gedebuk!”
Satu bunyi jatuh yang sungguh kuat.
“Nah! Mesti durian besar yang jatuh..” Kata Salleh gembira. Dia gembira sebab lepas dapat durian kedua mereka dah berjanji akan balik segera. Mereka menyuluh di bawah pokok durian itu. Tidak berjumpa.
“Eh.. mana durian tu..” Tanya Jasmin.
“Bunyinya kemain besar lagi jatuh gedebuk!”
“Ha’ah.. terlampau besar bunyi jatuhnya. Tak macam bunyi durian pun..” Keluh Salleh dengan bulu roma yang sudah merinding.
“Aduh.. “ Jasmin tersandung. Salleh segera menyuluh.
“ Jas.. Jas.. cepat! Cepat balik..” Kata Salleh ketakutan.
“ Kenapa?” Salleh menyuluh ke arah batu yang Jasmin tersandung itu.
“ Batu tu yang jatuh dari atas pokok agaknya.. patutlah besar bunyinya” Melihat batu itu mereka berdua lari lintang pukang.
“ Jas tunggu.. selipar aku!”
“Ah.. peduli selipar kau.. cepat!” Bunyi lolongan anjing bergema. Mereka berdua ketakutan. Mempercepatkan langkah. Habis calar-calar kaki mereka berdua terlanggar tunggul dan kayu.
“ ah.. durian aku...”
Dalam kelam kabut sempat juga Jasmin merembat cik Durian. Sayup-sayup Jasmin dan Salleh terdengar dekahan ketawa perempuan dibelakang. Menghilai-hilai. Jasmin cepat kayuh basikal.
“ Berat sungguh kau ni Salleh..” Kata Jasmin. Dia mengayuh basikalnya bersungguh-sungguh. Tapi berat sungguh macam dia membawa berguni-guni besar beratnya.
“ Jas tunggu..” Suara Salleh kedengaran jauh. Jasmin berpaling dan terpandang Salleh berlari-lari mengejarnya. Dia toleh betul-betul di belakangnya lembaga putih terkekek menghilai membonceng basikalnya. jasmin terjerit. Tanpa membuang masa Jasmin melompat dari basikalnya, membuangnya ke tepi dan berlari lintang pukang ke arah Salleh.
“ Kenapa kau tak naik tadi.. benda tu ikut aku tahu!” Marah Jasmin.
“ Aku tahu. Aku nampak! Aku terjatuh tadi.. ada benda tolak aku tadi. Mana basikal kau?” Kata Salleh termengah-mengah. Ketakutan.
“Entah.. aku dah buang ke tepi dan lari ke sini tadi.. Jom Balik! Kita lari pegang tangan jangan sampai terlepas ya!” Salleh mengangguk. Bunyi lolongan anjing dan bunyi hilaian ketawa terus menerus mengejar mereka berdua hinggalah akhirnya bunyi itu lenyap bila mereka sampai di rumah Salleh.
“ Eh.. kau masih bawa durian tu?” tanya Salleh. Jasmin terkejut. Tak sedar yang durian itu masih ditangannya. Dalam kelam kabut tadi durian yang di pegangnya tidak terlepas. Habis calar-calar lengannya terkena duri raja buah itu.
“Ah.. aku tak sedar pun!”
“ Patutlah benda tu tak nak lepaskan kita tadi rupanya kau masih bawa durian tu. Agaknya dia kejar kita sebab buah durian tu tak?” Tanya Salleh. Jasmin mengangguk.
“ Cis! Malam ni gila betul.. boleh-boleh pula pokok durian jatuhkan batu nisan!” Kata Jasmin mengingatkan batu nisan yang dia tersandung tadi. Batu itu seolah-olah jatuh dari pokok durian itu.
“ Lain kali jangan pergi tunggu durian malam jumaat tahu..” Marah Salleh sambil tersengih.
“ Jadi masih ada lain kali?” Tanya Jasmin dan mereka berdua ketawa serentak. Bunyi lolongan anjing kedengaran kembali dan mereka berdua cepat-cepat naik ke dalam rumah. Malam itu Jasmin tidur di rumah Salleh. Tak berani berjalan pulang ke rumahnya.
****
“ Ayah.. besar ke batu nisan tu?” tanya Ramee dengan muka takut. Ayah tersenyum. Cikgu Salleh ketawa.
“ Besar.. macam tiang rumah! Gedebuk.. bergegar bumi masa ia jatuh” Kata Cikgu Salleh.
“ Bergegar? Wah.. dah tentu bukan durian yang jatuh tapi pakcik dan ayah nak juga cari durian tu..” Kata Nomee pula.
“Yelah.. ayah ingat itu durian besar. Mana tahu batu nisan hahaha..” jawab ayah.
“ Nak dengar cerita yang lain lagi tak?” tanya Cikgu Salleh. Mereka semua mengangguk serentak. Tapi cerita yang lainnya kita sambung lain kali saja okey? heee....

*****
*Borak si penulis : Seram? takdelah seram sangat kan.. kisah yang lagi satu lebih menarik.. nanti ada masa aku citer k! Aku pon tak pasti ini kisah benar atau kisah rekaan cikgu Salleh dan ayah si Ramee untuk hiburkan anak-anak mungkin? :) kisah ni macam cerita dalam cerita la pula ahaha..

Cerpen : Kamu dan Blogmu

Salam. Bismilah.


Aku membaca bait demi bait yang di tulis dalam blog itu. Entah kenapa isinya begitu tulus keluar dari hatinya. Sesekali dia bergurau. Tentang hatinya yang ditusuk luka. Tentang pahit yang dirasainya. Aku tersenyum membacanya tapi tetap merasakan yang gurauannya itu hanya untuk menyembunyikan tangisan hatinya. Dan kerana tulisannya itu hatiku dipagut sesuatu. Ah.. mulanya aku kasihan. Tapi rasa kasihan itu memanggil-manggil untuk aku terus mengikuti kisahnya. Dari babak ke babak. Dari patah ke patah ayat yang ditulisnya aku merasakan kesepian yang dilaluinya. Keperitan yang mencengkam hatinya. Entah kenapa aku mula merasa jatuh hati. Jatuh hati pada penulisannya. Jatuh hati pada keperibadiannya yang terserlah dalam blognya. Dalam tulisannya. Ingin mengenali insan itu lebih dekat lagi. Ingin meminjamkan ‘bahu’ku kalau dia sedang bersedih. Sedang kesepian. Ingin mengisikan kata ‘maaf’ dalam hatinya agar dia melepaskan semua beban yang masih berat merantai langkah kakinya. Bukan setakat kata maaf. Tapi ‘rasa’ maaf, agar dendam bagai api yang menyala dalam hatinya menjadi salju yang dingin dan kemudiannya pelangi indah muncul lagi dalam hidupnya. Kalaulah ia semudah aku ‘berkalau’ tapi hakikatnya, hatinya masih disalut bisa kisah hitam nan silam.



Tak lama kemudian dia membisu. Blognya sunyi sepi tak ada entri baru. Aku tertunggu-tunggu. Menanti. Tapi penantianku seakan tiada penghujung. Hatiku mula tertanya-tanya. Ke mana dia? Hidup lagikah? Ada musibah yang melanda? Kalau aku tahu nombor phonenya sudah pasti aku menghantar text pesanan kepadanya. Sihatkah kau? Baik kah kau? Apa yang terjadi? Kenapa kau berdiam? Kau sedang merana? Kau sedang menangis? Aku teringin mengesat air matanya kalau dia sedang menangis. Tapi aku tak tahu nombor phonenya. Entah sebenarnya dia mungkin sedang bahagia. Sebab itu dia tidak teringin lagi menulis. Mungkinkah dia menulis selama ini kerana rasa sepi. Dan mungkin saja dia tidak sepi lagi.


Macam-macam andaian terselirat dalam kepala ku tentang dia. Tentang pemilik blog yang telah mencuri hatiku. Si penulis yang secara tidak sengaja mencuri hatiku dengan tulisannya. Dengan gurauan berbisa dalam tulisannya. Dengan gurauan berbisa dalam tulisannya. Dan dunia mayaku terasa begitu sepi tanpa update terbaru darinya. Aku sungguh di gigit rindu!!

****


“Eh…?” Aku terpana. Akhirnya ada entri terbaru dari blog itu. Aku terkedu. Sungguh aku tidak tahu hendak bergembira atau sebaliknya. Aku gembira kerana dia telah muncul mewarnai dunia mayaku lagi bila dia menulis semula. Tapi entah kenapa aku tersentap dengan entri-entri barunya. Diamnya selama ini kerana bertemu bahagia. Dia dijodohkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis. Sekalipun sukar baginya menerima pada mulanya. Tapi keiklasan gadis itu telah memberikan sinar mentari baru dalam hidupnya. Aku sepatutnya gembira. Aku seharusnya tumpang bahagia untuknya. Dia akhirnya membuka pintu hatinya untuk mencapai bahagia. Selama ini aku rasa dia yang memilih jalan hitam.. gelap dan suram. Selama ini aku fikir dia sengaja membiarkan dirinya hanyut dalam kedukaan. Tapi tak sangka akhirnya tuhan membukakan mata hatinya.. menerima kasih sayang dari insan baru. Berkongsi suka duka bersama gadis itu. Ah.. aku jadi cemburu!
 



“Ah… syukurlah kau sedang berbahagia. Akhirnya kisah suram mu telah dihiasi pelangi indah.. selepas hujan tentu ada mentari yang datang bersama pelangi..” bisikku sendiri sambil menatap gambar-gambar hari bersejarah dalam blognya. Entah kenapa hatiku terasa pilu. Tersayat hingga ada airmata berjuraian tak tertahan. Selama ini dia bagai pelangi yang menghiasi langitku. Kini dia menghiasi langit hati orang lain. Argh.. aku tentu mendoakan bahagiamu. Pasti akan. Aku hanyalah peminat misteri yang akan terus berdoa agar kau bahagia selalu. Dan walaupun dia hanya cinta alam maya.. dia tetap begitu bererti buatku. Tuhan.. terima kasih kerana buatnya bahagia!

Habis!

****

*Cakap-cakap penulis : aku sebenarnya rindukan tulisan dalam blog seseorang. tiba-tiba tertulis pula cerpen ini lepas baca cerpen si Iffah hehehe.. kisah tentang blog? aku takde idea sangat. Merapu je lebih. Kisah ini diwarnakan dengan touch up yang berlebihan. harap maklum ia adalah Bayangan yang melampau...

Kenapa mami hitam?

Salam. Bismilah.


"Kenapa mami hitam?"
suatu hari pertayaan itu keluar dari mulutnya
Aku garu kepala
dia dah sampai fasa penuh pertayaan.
"Sebab masa kecil dulu mami suka main panas.."
Sahutku sambil senyum padanya
" Jadi.. kamu tak boleh nakal. kalau suka main panas di luar..
nanti kau hitam macam mami"
Kataku memberi penjelasan
" Saya tidak nakal.. saya tidak main panas"
Katanya dengan yakin
" Saya putihkan mami..? saya tidak main panas"
Tambahnya lagi. Aku angguk.
" Kalau tak main panas putihlah.. jangan main panas ya?"
Dia angguk. Aku puas hati! hehe..


(Dia dan bestfrennya Owin - anak jiran)

*Jawapan yang ntah apa-apa hehe..

Puisi : Taufan

Salam. Bismilah
















Aku sudah cukup berusaha

Mematikan kenangan tentang dia

Merindukannya hanya buat aku tambah tersiksa

Aku berjanji pada diri sendiri untuk melupakannya

Tapi sering menangis sendiri..

Kerana sekuat mana pun aku berbohong..

Aku hanya menipu diri sendiri..

Kepedihan ini kian melarat..

Sehari demi sehari..

Kerana aku tak terdaya melepaskannya..

Kerana aku masih mengemgam erat cinta ini..

Aku bangun!

Bangkit berdiri..

Tapi bagaikan bebayang..

Memamah segala kekuatanku..

Bila rindu padamu kembali lagi..

Dan,
Taufan rindu ini memusnahkan semuanya..


*******

* Jejari yang menari : Aku sedang menyeru idea menulis. Tetapi maaflah. Ini puisi lama aku jumpa dalam folder. Jadi seru tak seru yang pop up dalam blog hanya ini saja. Puisi jiwang karat ahaha.. Aku rasa ini berkaitan dengan Cerpen :Tentang Dia. Bila aku baca.. oh! memang macam berkaitan :p

Sunday, March 4, 2012

Kawan Misteri

Salam. Bismilah.

(Dia dengan abang Long)

Aku pernah cerita tentang Ramee si budak tomboy tu dulu. Ada dalam entry kisah seorang budak tomboy. Budak tomboy tu ada banyak kisah juga sebenarnya, dia seorang budak yang pelik juga.. mari kita ikuti kisah keanehan si budak tomboy itu :) 

Kawan misteri

Abang Long mengeleng kepala melihat Ramee bercakap sorang-sorang di bawah pokok belimbing tua yang menghadap pantai terbentang luas depan rumah mereka. Dia menguis bahu adiknya, Hadi. Menjuihkan mulutnya ke arah Ramee.



“ Tengok tu.. cakap sorang-sorang lagi”


Hadi tersengih melihat adik perempuan mereka yang sorang itu. Suka bercakap sendiri sambil mengelilingi pokok belimbing. Dia kelihatan seperti memimpin tangan seseorang dan kemudiannya tergelak. Dia kelihatan sungguh gembira sambil bercerita sendiri. Bersoal jawab dan asyik dengan ‘kawan’nya yang hanya dia yang melihatnya. Ramee memang pelik sedikit budaknya. Hampir setiap malam mereka sekeluarga terpaksa berjaga-jaga sebab Ramee pandai mengigau. Tapi caranya mengigau sangat pelik. Ketika sedang enak tidur dia tiba-tiba bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dan yang lebih pelik lagi, lock pintu yang tinggi itu boleh juga dibukanya meskipun dia baru berumur sekitar 5-6 tahun dan jika tiada sesiapa sedar Ramee akan keluar rumah malam-malam. Mungkinkah ada orang lain yang tolong bukakan pintu itu untuknya? Mungkin 'kawannya' itu? mungkin...

(Dia ada kawan misteri)

Setelah keluar malam tu tanpa disedari yang lain, entah dia ke mana, tak siapa tahu dan esoknya dia dijumpai sedang tidur nyenyak. Dia akan tidur di mana-mana. Dia pernah dijumpai tidur di bawah tangga, di bawah pohon belimbing dan di tepi perigi. Dan lebih lucu lagi dia pernah tidur di bawah sebuah dram air yang tertangkup. Mereka semua hairan bagaimana dia yang kecil itu boleh mengangkat dram besi yang berat lalu tidur di dalamnya? Dan tiada siapa boleh selesaikan misteri itu.


“ Budak tu ada kawan.. makhluk halus, orang bunian..” teori si ayah. Pak Mahat mengangguk-angguk setuju. Ramee yang sibuk bermain mereka jeling sekilas. Bila ditanya dia sedang bermain dengan siapa dia hanya tersenyum tidak menjawab. Budak itu pendiam dan tak bergaul dengan adik beradiknya yang lain. Dia lebih suka bermain sendiri atau boleh juga dikatakan dia lebih suka bermain dengan ‘kawan halusnya’ itu.

(Dia dengan adik beradiknya)


“ Kau tahu.. pernah satu malam tu, kami sedar dia bangun dan buka pintu luar. Sebelum sempat aku tangkapnya, tiba-tiba saja dia lari. Riuh jadinya malam tu. Budak tu lari macam kena kejar hantu! Dah tu bila ditangkap badannya licin.. berkali-kali tangkap licin macam belut! aku dah habis akal nak mengubat budak tu. Sehari ke sehari makin kerap dia berjalan dalam tidur. Esoknya bila ditanya dia terkebil-kebil saja macam bodoh. Bukannya dia sedar pun yang dia berjalan dalam tidur.” Panjang cerita si Ayah pada Pak Mahat.


“ Ada baiknya kau minumkan budak tu dengan air bacaan ayat kursi sebelum tidur.. budak tu kalau kau biar macam tu entah esok lusa dibawa ‘mereka’ ke alamnya. Aku pernah dengar ada juga budak yang di ambil orang bunian ni…” Cadang Pak Mahat. Si ayah menganguk-angguk. Setuju.


Itu kisah puluhan tahun lepas. Bila abang-abangnya bercerita tentang kisahnya berjalan malam dan ada kawan mahkluk halus Ramee akan ketawa. Dia langsung tidak ingat. Sedikit pun tidak. Dia tidak ada memori tentang kawan misterinya itu. Dia sendiri pelik dengan cerita ayahnya yang dia mengigau malam dan berlari ke luar rumah. Ramee berfikir-fikr. Kalaulah dia benar-benar ada ‘kawan’ itu. Di manakah ‘kawan’nya itu sekarang. Dia sedikit pun tidak ingat.. jauh dalam hatinya dia tertanya-tanya.. siapakah kawan misterinya itu? Kalaulah dia ingat.. mungkin dia boleh bercerita tentang kawannya itu di blog ini.. :)


******
 
*Borak penulis: bukan kisah ini sebenarnya yang bermain-main dalam benak ku. Aku terfikir kisah lain... Kisah paranormal yang melibatkan orang yang punya pancaindera ke enam yang boleh melihat dan merasakan benda-benda ghaib. Tapi malangnya idea ada tapi aku tak boleh nak kembangkan idea tu menjadi sebuah cerita.. aku masih cari cara untuk bermula.. akhirnya aku tertaip pula kisah si budak tomboy ini :) ni pun misteri juga.. aci tak? hehe..

Pencarian..

Salam. Bismilah.

(dua komik ku beli tapi masih belum ku baca)

Pencarian idea masih di teruskan.. Idea bagiku umpama one peace yang berharga..

Kalau tengok header blog ku itu. Mungkin memang ada yang tahu aku ni peminat one peace. apakah ONE PEACE itu? oh.. itu adalah komik-kartun. Aku dah kejar buku itu lebih 10 tahun. Sekarang dah volume 63. Kisah panjang si lanun yang ada kuasa buah syaitan. Monkey D Luffy. ah.. aku terlupa yang aku ni dah semakin 'muda' menjelang 2012. Tapi ini memang hobiku dan aku malu-malu kucing nak mengaku hehehe..

Biasanya sebaik saja ku beli komik/buku. aku akan cepat-cepat baca tak hinggat dunia. tapi entah apakah yang telah merasuk diriku ini.. dah masuk dua hari, ke-dua buku itu (rujuk gambar) ku beli dan aku masih belum ada hati membacanya- Ajaib sungguh!!

berikutan ketagihanku pada ONE PEACE. aku bukan setakat beli komiknya. aku juga beli DVDnya.. haha! tapi tak kisahlah kan.. kalau si Nor(kawan opisku) ketagih beli tuppaware, si Jane ketagih beli furfume. Jadi tak apalah aku ketagih beli komik hehehe..

Aku sedang syahdu dengar lagu ni hehehe...









*****

*Aku tengah merapu----> baca one peace yang penuh fantasi memang buat aku seronok.. bila dewasa, aku masih simpan 'dunia kanak-kanak' dalam diriku... aku memang suka berangan :p

Cerpen : Tentang Dia

Salam. Bismilah.

Aku sedang cuba menyiapkan kerja sambilan-buat book keeping bisnis seorang kawan. ah.. bosan sungguh. tak cukup kerja di pejabat aku kena sambung kerja di rumah? tapi.. apa nak buat. Aku kena buat juga. Tapi.... entah macam mana kerja tu terus tertangguh dan yang siap adalah cerpen ini. hah! sapa nak tolong jawab? hehehe.. takpe. lepas ni aku siap kan kerja. sekarang kita layan dulu kispen ntah apa-apa ni hehehe..
Ini kisah tentang dia.. siapa dia? er.. sila la baca :) layan....

(Dia putih dan kacak orangnya)


“Dup..dap..dup..dap..”



Itu bunyi jantungku. Kala aku terpandang dia. Dia yang sedang cuba menarik perhatian kawan baik ku Fira. Si Fira yang berkulit cerah, berbibir tebal macam beyonce , berhidung mancung macam isabella swan, langsing bagai Cameron Diaz dan matanya secantik mata Pretty Zinta.


“Dup..dap..dup..dap”


Ah.. jantungku dan debaran hatiku berlumba-lumba membuatku bertambah cemas. Bertambah gementar. Kenapa pula aku perlu gementar seperti itu bila menatap dia. Aku tahu yang dia sedang usha si Fira yang sudah bertunang itu- tapi dia tidak tahu dan Fira pula tidak kisah di pikat lelaki lain- di pikat dia. Mungkin juga Fira seronok sebab sahamnya memang tinggi. Dan aku pula? Ah! aku berharap dia sudi ‘memandangku’. Dia menyapaku setiap pagi. Seperti biasa. Aku, padanya hanya kawan baik Fira- kawan baik gadis yang diminatinya!


Dan seperti biasa dia muncul lagi. Melambai kepadaku dan memberikan senyuman. Aku balas lambaiannya dan balas senyumannya. Aku ‘hantar’ dia dengan pandanganku hingga hilang dari pandangan. Aku sedar. Mataku tentu bercahaya ketika melihat wajahnya. Senyumanku tentu berseri ketika membalas senyumannya. Aku sedar.. aku sedang dilamun cinta!! Dah berkali-kali aku paksa diriku bangun. Tapi entah kenapa bermimpi tentang dia sangat mengasyikkan.


Aku sedar.. aku tak mungkin ‘dapat’ hatinya. Tapi asalkan aku dapat senyumannya, itu sudah cukup! Benarkah? Oh.. tidak. Aku tamak sebenarnya. Aku mahukan dia! Aku mahu dia dating denganku. Aku mahu dia jadi buah hatiku!! Tapi itu tak patut! Dia suka Fira! Bukan aku. Tapi Fira kan tunangan orang? Jadi… biarlah dia dengan aku. Boleh? Argh…


Pagi yang lainnya aku menanti lagi. Penuh debaran. Berharap dia akan lalu di situ dan menyapaku. Melambai dan memberikan senyumannya yang buat aku tidur tak lena itu. Betapa siksanya menanggung cinta terpendam ini. Kalaulah dia berpaling padaku dan membalas cintaku.. alangkah baiknya!


“Aku rasa.. aku dah jatuh cinta dengan dia” kata Fira suatu hari. Bagai nak gugur jantungku mendengarnya.


“ Tunangmu macam mana?” tanyaku sedikit panik. Jangan kata Fira nak putus tunang kerana dia. Aku tak rela! Sungguh aku tak setuju!


“Entahlah.. aku tak tahu.” Fira mengadu. Aku cuba hasut dia. Aku mahu dia teruskan pertunangannya dan lupakan dia. Sebab aku mahu DIA!


“Tulah kau.. main-main api. Karang terbakar diri sapa yang susah.. tunang kau juga yang susah” kataku menyalakan api dalam hati Fira. Biar dia ingat sikit yang dia sudah bertunang dan jangan nak layan lelaki lain. Jangan layan si dia. Jangan buat aku merana!


“ Aku sayang tunang aku.. tapi aku juga suka dengan dia..” Fira resah. Aku lagi gelisah.


“ Dia belum tahu kau sudah bertunang.. kalau dia tahu macam mana?” kataku menambahkan gusar hati Fira. Fira angkat bahu. Dia muram. Aku suram. Kenapa kau pun jatuh cinta dengan dia Fira? Kenapa? Kau kan dah ada tunang.. itu cuma kata hatiku.


(Oh tuhan.. apa yang telah ku lakukan?)


Fira jeling. Aku tahu dia marah. Aku tahu dia benci. Aku sedar Fira anggap aku kawan makan kawan. Sebab akhirnya aku dapat juga dating dengan dia- Setelah dia kecewa kerana Fira tunangan orang. Fira geram sebab aku dapat lelaki yang tergila-gilakannya- dan dia terpaksa lupakan lelaki itu sebab dia sudah jadi tunangan orang. Padan muka Fira. Kalau dah bertunang tu kenalah setia!


****


Aku tersengih sendiri. Kisah Fira. Kisah ‘dia’.. banyak pahit manisnya. Fira gaduh besar denganku kerana seorang lelaki. Dan aku pula sanggup bersengketa dengan kawan baik ku kerana dia! Kerana lelaki yang ku puja-puja. Ah.. cinta! Aku mengeleng kepala. Lucu pun ada kesal jangan nak kata, semuanya sudah berlalu. Kesalan tak akan berguna. Hubungan aku dan dia hanya setahun setengah saja. Betapa pun aku setengah mati cintakan dia tapi ‘hatinya’ bukan untukku. Sebelum luka hatiku bertambah dalam lebih baik aku undur diri. Ah.. perit rupanya kisahku tentang dia. Aku pernah menangis diam-diam dalam selimut hampir setiap malam bila rindu padanya. Bodohnya aku! Aku pernah menghantar pesanan suara padanya dan ia hanya berbunyi.. “ I miss u”


Aku upah seorang kawan menghantarkan sekotak cake harijadi untuknya ketika ulangtahun kelahirannya. Sungguh aku cuba sedaya upaya merebut hatinya ketika itu. Sungguh aku cuba buat dia terharu dengan keiklasanku padanya. Tapi? Dia bukan untuk ku. Aku sungguh kasihan bila teringat ‘aku’ yang dulu. So pathetic!


Tapi semuanya sudah berlalu. Aku lega sebab aku bukan ‘aku’ yang dulu lagi. Kini bila teringat kisah tentang dia, aku masih terasa sisa-sisa ‘kemanisan’ rasa yang pernah diberikannya padaku. Ah.. Cinta! Manisnya ketika rasa cinta itu bergelora dalam setiap urat sendiku. Dan rasa manis tentang dia masih terasa indah untuk jadi santapan ketika aku mengingatinya. Sekalipun ia sudah begitu jauh ku tinggalkan.. betapa pun dia pernah melukakan perasaanku, meskipun aku banyak membazirkan airmata kerananya. Tapi cerita tentang dia, adalah kisah istimewa bagaimana ‘rupa’ cinta yang merasuk ke dalam tubuhku dan mengawal tingkahlaku ku..
Cinta? sungguh gila!!

 habis!
 
************
 
* Lidah penulis : aku sebenarnya berhutang kisah misteri dengan cik Bidadari. tapi entah macam mana aku tertulis 'kisah tentang dia' pula. Sudah lama aku di landa 'kemarau panjang'. mungkin sebab banyak benda dalam dunia realiti yang menuntut perhatian dariku. minggu depan ni pula aku akan sibuk kejar deadline. adakala aku berharap aku boleh bertukar jadi sotong supaya aku ada banyak tangan untuk selesaikan kerja. Apakah jadah aku nak jadi sotong- dah biul rupanya pemilik blog ni. Adakala aku berharap aku boleh tukar kerjaya sesuka hati, supaya aku tak payah nak berkejaran menyiapkan kerja bila bank minta management account. Bos.. aku nak tukar bahagian admin boleh? Alam fantasi sungguh indah... realiti? lebih indah sebenarnya.. cuma aku saja yang tak tahu bersyukur- segera insafkan diri hehehe..

Saturday, March 3, 2012

Samaran

Salam. Bismilah.


Si Cerry yang ranum merah
melambai-lambai si Burung Punai
Berbulu Hijau..



Samaran si Hijau
yang datang mencari Cerry
Kamu lihat aku?
cubalah cari.. hehe!



Akulah Si Punai Hijau
datang mencari Cerry kegemaranku..
Sila jangan jadi paparazi..
curi-curi ambil gambarku ya?!



Di mana kamu wahai si punai Hijau?
terjengket-jengkit si paparazi mencari kelibatmu..
patut pakai camera DSLR
baru senang skodeng si Hijau ni..
Tapi DSLR masih di kedai..
yang ada cuma camera cabuk!
ah.. lantaklah!!
yang penting si hijau ini tertangkap juga!



Oh..
kau di sana rupanya..
pandai kau menyamar ya!!
sungguh comel engkau ini Punai hijau..


apa-apa pun Shinta bajet nak
kawin dengan anak raja bawah pokok Cerry
peace no war kat si Punai Hijau hehehe...



*Pokok Cerry depan rumah selalu mengundang kedatangan si Punai berwarna Hijau. Sungguh tak sangka masih ada burung punai di kawasan kami.. hehe.. terujalah kononnya ni- padahal takde idea nak update blog :)

Tuesday, February 28, 2012

WW~ Gaya Tidur

Salam. Bismilah.



*Mudahnya bebudak tidur :)

Friday, February 24, 2012

Cerpen : Dan Sebenarnya (Sambungan)

Salam. Bismilah.

Cerpen Iffah dari Blog Buta+pekak+bisu=CiNta 
lama juga terperap dalam ms word sebelum jumpa endingnya. Entah.. semenjak dua menjak ni idea kering kontang.. mood nak menulis pun tak seberapa :(
Reenaple pun ada juga sambung kisah ni, nak baca versi reenaple? sila terjah kisah tulisannya :)

Kisah sebelumnya dari iffah sila terjah ~ Dan sebenarnya.
Aku main paksa-paksa je pujuk idea datang.. jadi ini jelah hasilnya. nak buat kisah yang sweet macam gula-gula pelangi.. tapi akhirnya cuma kisah ego seorang perempuan jer yang terkeluar hehe! selamat membaca :)


“Kenapa pinang?”



“Kan saya dah kata. Saya serius,”


“Tapi saya…” Aku sendiri kelu. Terpaksa telan balik kata-kata yang aku luahkan. Tak sangka dia benar-benar serius. Yang aku peliknya mudah sungguh keluarga aku terima. Entah apa yang dia buat.


“Kenapa ni? Bukan awak ke yang kata boleh masuk meminang?” Dia pula bersuara. Aku menggigit bibir.


“Saya tak sangka awak serius. Macam nilah, saya tolak pinangan awak tu,”


“What? Jangan nak main-main pulak,” Dari getar suaranya aku tahu dia marah.


“Saya serius. Saya tak pernah berniat nak jadi isteri awak. Lagipun saya berhak tolak bukan?”


“Awak sengaja mainkan perasaan saya kan?” Dia mula marah.


“Saya ingat awak main-main. Macam nilah, kalau susah sangat bagi saya masa dua bulan. Kalau masa tu saya tak ada calon suami barulah saya pertimbangkan pinangan awak!” Aku nekad. Hati tak boleh dipaksa. Zahiril diam. Lama.


“Deal!” Talian dimatikan. Aku berpeluh dingin. Tiba-tiba rasa cemas. Mana aku nak cari seorang calon suami yang sesuai untuk aku. Yang terima aku seadanya.


Xxxxx
Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog aku sendiri.

“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan…


Sambungan ......

“ Tempoh dah dekat.. so? Dah ada calon?” betul-betul Zahiril yang terpacak di belakang ku. Mukaku terasa panas.. entah kenapa aku terasa gabra sangat. Aku tak mahu kalah sebenarnya. Aku sudah kata akan tolak pinangan Zahiril dan akan cari calon suami. Aku kena cari jalan. Tapi mana calon suami ni? Ke.. aku nak buat iklan je kat news paper so that aku interview je satu persatu calon-calon yang apply? Eh.. macam ada yang sudi apply kalau aku iklan cari jodoh dekat news paper! Hampeh..



“ Jangan risau.. calon sudah ada!” kataku pada Zahiril dengan yakin. Ceh.. jaga air muka punya pasal aku bohong sunat! Zahiril tersenyum nipis. Senyuman yang buat aku sakit hati! Senyuman yang mencabar keegoanku!


“Kenapa? Awak tak percaya?” tanyaku dengan suara sedikit marah.


“ Tak.. bukan. Saya cuma tak sabar nak tengok siapakah calon bertuah itu” Katanya tenang. Kalaulah dia boleh baca fikiranku tadi- yang mahu buat iklan cari jodoh di news paper- dia tentu tertawa terbahak-bahak geli hati! Dengan hanya membayangkan Zahiril ketawa terbahak-bahak cukup membuat aku sakit hati. Apatah lagi kalau ia benar-benar berlaku! Cis..! Aku pasti tidak akan mengalah.


“ Jangan risau..orangnya 10 kali lebih hensem dari Awak!” Kataku menemberang lagi. Zahiril mengangguk. Seolah-olah bicara ku itu tiada kesan padanya. Oh! Sungguh aku benci melihat dia berwajah tenang seperti itu!!



“ Nah.. ambil ni. Untuk Awak!” Dia bagi sekuntum mawar pink. Aku terkedu. Pertama kali terima bunga dari lelaki. Tak sangka Zahiril ni sweet sebenarnya. Secantik bunga itu hatiku turut berbunga-bunga. Tapi.. argh.. janganlah terharu sangat!! Aku buang jauh-jauh ‘rasa’ yang bagai nak sentuh hati aku!


“ Buat apa?” Tanyaku dengan nada ketus.


“ Untuk awaklah..” Katanya selamba. Aku pandang bunga mawar tu. Rasa nak ambil dan cium baunya. Tapi bisikan ego dalam hatiku membantah!


“Saya tak mahu.. bagilah kat gadis lain!” Kataku tak kurang selambanya dan berlalu dengan hati puas!! Aku ketawa berdekah-dekah dalam hati membayangkan muka kecewa Zahiril.


***


Aku bukan nak sangat tengok muka Zahiril. Aku tak hinggin pun nak perhatikan dia. Tapi bila dia rapat dengan Julia dan ketawa mesra bergurau senda. Entah kenapa mataku macam ada magnet asyik jeling kat mereka. Ke.. Zahiril saja gelak ketawa dengan Julia nak buat aku jeles?! Heh! Takde maknanya.. aku tak rasa apa-apa pun! (Tapi aku tetap berkali-kali jeling kat derang!) bila sedar aku terus memarahi diri sendiri. Rasa nak cungkil saja bijimataku supaya tidak tengok Zahiril dan Julia.. macam kisah kassim selamat tu!


“ Kalau cemburu tandanya sayang..” kata Mira sambil cuit bahu aku. Aku mendengus. Marah sebab kata-kata Mira itu umpama cili buat aku. Yelah.. siapa makan cili dia terasa pedas.


“ Aku tak cemburu!” Kataku menepis tuduhan yang bukan tuduhan dari Mira. Aku rasa tuduhan Mira adalah kenyataan. Oh.. tidak! Mustahil aku cemburu!


“ Aku cuma menyampah.. kononnya pinang aku. Kononnya sayang dengan aku.. tapi itu ke rupa perangai bakal suami?” kataku memuntahkan pendapat dan kemeluatanku.



****
 “Haikal.. tolong jadi boyfren olok-olok saya?” tanyaku pada Haikal. Sepupuku. Haikal termanggu.


“ish.. ni nak dapat anugerah pelakon wanita terbaik ke?”Tanya Haikal tidak menolak dan tidak mengiakan permintaanku.


“ Ah.. kau ikut je cakap akak! Nak ke tak nak.. kalau tak nak aku bocorkan rasia kau!” Ugutku dengan ketawa jahat.


“ Nak.. nak..” Cepat budak Haikal setuju. Aku senyum lebar.



*****


Lagu Yuna berkumandang. ‘Dan sebenarnya’ aku rasa lagu tu macam di tujukan untuk aku. Kenapa serasa aku bernafas dalam air bila aku tengok Zahiril dengan Julia?! Tulah.. ego lagi. Padan mukaku. Tapinya aku memang bangang gila teringat mawar warna pink yang Zahiril bagi padaku dan aku telah tolak mentah-mentah. Tak tahu kenapa ‘kisah’ itu asyik berputar-putar macam keset kena rewind dalam otak aku!


Ke.. Zahiril dah hembus-hembus bunga mawar tu. Tapi tak kanlah.. aku tak ambil pun bunga tu?! Tapi apasal dunia aku ni dah asyik ada nama Zahiril je, ke hulu ke hilir aku berada? Napa pula aku asyik fikir pasal dia? Apakah jadahnya Zahiril itu padaku?


“ Tempoh dah tamat..” Kata Zahiril. Aku tarik Haikal.


“ Dia calon saya..” Kataku. Haikal tersengih-sengih.


“ Dia?” Tanya Zahiril. Aku angguk.


“ Ya.. dia. Haikal!” Balasku yakin.


“ Tapi tak kanlah.. dia sepupu Awak!” Gulp! Mana dia tahu?


“ Ah.. sudahlah! awak takde calon jadi kita bertunang dengan rasmi. Lagi 6 bulan kita kawin…” Aku tak sempat cakap apa-apa Zahiril sudah berlalu. Aku terkebil-kebil. Kawin? Aku senyum..


***


"Abang, saya dah sapu lantai, mop rumah, basuh kain, jemur kain, lipat kain, buat air, buat minum petang." Kali ini kenyataan. Bukan lagi angan-angan atau lamunan macam dulu. Zahiril mendekat. Dia senyum manis. Aku tergugup.


“ Last-last awak kawin juga dengan saya kan?” Katanya sedikit ketawa. Aku tarik muka empat belas. Tapi Zahiril balas muka masamku dengan senyuman.


“ Buat ajalah muka monyok macam tu.. awak tu dah jadi kekasih halal saya tau! Saya akan tanam cinta kasih dalam hati awak untuk saya.. saya akan jaga dan baja biar ia tumbuh subur dalam taman rumahtangga kita ni.. sebab saya iklas cintakan awak. Saya akan tunggu hingga awak ucapkan kata cinta untuk saya.. Faham…?” Zahiril usap ubun-ubunku. Aku tidak mengelak. Hanya menunduk dan berkata dalam hati..


‘ Dan sebenarnya.. awak saja yang tidak tahu.. bibit-bibit cinta tu dah mula tumbuh mekar dalam hati ni untuk awak..’ pertama kalinya aku gembira walaupun aku kalah. Kalah pada egoku. Kalah pada Zahiril… terima kasih tuhan!

Habis!!

******

*cakap-cakap tukang sambung : er.. pasal Julia dan Zahiril tu...? ah! korang anggap je zahiril saje je nak buat Aina jeles hehehe..Dan sebenarnya aku tak puas hati. Mudah sungguh si Aina mengalah dan terima Zahiril (patut buat lagi susah utk buat Aina mengaku kalah n buat Zahiril begang ye tak?)

Tapi.......? aku memang kering idea hehehe.. sesiapa.. tolong siram aku cepat!!!

Tuesday, February 21, 2012

Pernah tengok Ultraman pakai pempes?

Salam. Bismilah.

Aku bukan nak belikan dia Ultraman tu. Bukan! Ultraman mainan budak lelaki- Shinta perempuan!! mana boleh main Ultraman! kan? betul?

Tapi bila sepupunya- Si Kakai atau nama betulnya si Afiqcral memaut kaki ibunya (kakak ku) sambil menangis meraung meminta di belikan Ultraman itu- hingga ibunya terheret-heret tak boleh bergerak lalu membelikan si Kakai si Ultraman.

Apa dayaku bila si Kakai dibelikan Ultraman oleh ibunya di depan mata Shinta dan Shinta mula mendengki mahukan Ultraman itu. Dan kemudiannya dia 'memaksaku' membelikannya Ultraman yang sebiji sama dengan ultraman sepupunya itu.

Tapi itu hanya intro tentang Ultraman ini... kisah yang ingin ku ketengahkan adalah si Ultraman yang kencing di seluar jadi mesti di pakaikan pempes....


Aku sedang blog walking ketika itu. Dady pergi main badminton. Senyap sungguh.

Aku tak dengar apa-apa di luar. Aku mula risau. Apakah yang sedang di buat oleh si kecil itu?

Akhirnya aku meninjau. Dan aku melihat? Ops! aku cepat-cepat ambil camera. Dia sedang sibuk dengan kerjanya. sungguh tekun!! Tapi bila aku datang dengan camera dia tersengih padaku..

Ultraman itu kencing katanya. Jadi mesti pakai pempes!! Dia juga pakaikan seluar untuk Ultraman itu.



Aku kira, ini memang perangai budak perempuan. jadi aku kena belikan dia barbie doll yang sebesar ultraman ini supaya dia boleh pakaikan baju.

Bila dia mandi tadi, dia mandi dengan ultraman ini. Dan pakaikannya sabun dan syampu juga!! Aku kena cari Barbie doll yang kalis air kalau begitu. habis mandi dia lap badan Ultraman dan marah dengan Dadynya sebab bagi dia satu towel saja. sebab dia mahu towel untuk ultraman juga!!



Okey... selepas tengok aksi dia dengan Ultraman aku sambung blogwalking.. tiba-tiba...
<--------- apakah jadah budak ni buka peti ais dan pakai cool fever tu! dia memang nak membotakkan poket aku!! aku nak marah.. tapi cool fever tu dia dah pakai dan tak boleh diguna lagi.. cis!
<----------- dia pula tersengih manja!
Cair pula rasa hati aku- tak terdaya nak marah!! Hadoi...
"Lain kali tak boleh guna ni tau kalau tak sakit" kata ku.
" Tata sakit.. tengok! panaskan?" katanya sambil suruh aku rasa dahinya. Oh tuhan.. macam mana aku nak buat dengan budak ni!!


* Sila lah kritik aku yang tak reti nak ajar anak!!