MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Monday, March 23, 2009

My resepi- Sandwich hubbyku sayang!


Breakfast hari ni ialah sandwich. semalam awal benar tidur. sebenarnya belum nak tidur tapi bila udah nenenkan Shinta automatik mataku pun layu. kalau dulu nak tidur susah sangat, pusing kiri kanan, bangun minum air & macam2 taktik nak buat mata ngantuk. tapi sekarang bila dah bergelar ibu. letak ja kepala atas bantal.. ZZzzzzz kejap jer hihi! penat? mungkin. tapi kata orang kalau senang hati fikiran lapang, memang mudah nak lelapkan mata.. so, kiranya aku ni senang hati & bahagialah ni. sebab tu lah badan kian hari kian tembam kuang..kuang..kuang...
Awal subuh lagi aku dah terjaga & mula ber'operasi' mengambil gambar & membuat sandwich kegemaran suamiku ini :)
sambil menge'test' camera baru yg murah & hanya berharga RM249. tu pon guna card credit kawan & 2 kali byr hehehe! camera lama telah terkantoi. sebab tu gambar shinta(kalau anda perasan) gambar shinta makan dlm episod sebelumnya, ada jalur-jalur! stop cerita camera!
O.k! resepi sandwich ini adalah ciptaanku semata-mata. pernah buat sandwich sardin dan sandwich ikan tuna/salmon, tapi tidak berjaya menawan selera suamiku yang alahai selectednya itu. akhirnya ku buat resepi ini barulah berjaya menawan seleranya! yes!!! jadi ku namakan Sandwich hubbyku sayang..
kat bawah ni bahan-bahannya. hidangan untuk 2 orang & masa lebih kurang 15 minit saja untuk menyiapkannya.


bahan-bahannya ;

1)sos cili
2) mayonis
3) sandwich loaf bread-di buang tepi
4) sausage- di hiris & di goreng
5) sebiji telur- di goreng dadar
6) kubis yang di potong halus.

* telur tu jangan di goreng sekaligus. goreng sikit2 lebih kurang saiz bread. biasanya sebiji telur boleh dapat 3 keping telur dadar.. pandai2 la agak kan..



Bila semua bahan sudah ready. Sapukan mayonis & sos cili atas bread. ikut suka hati nak tebal ke nak nipis ke. kalau saya mesti nak banyak mayo baru sedap ;)



lepas tu taburkan kubis yang di potong halus macam gambar kat atas ni :)



Lepas tu letak la kepingan telur tadi.



Susun pula sausage mengikut kreativiti & kesukaan anda.


sebelum kita kawinkan bread tadi. kita bubuh sekali lagi kubis. bubuh kubis banyak ni bagus. nanti bila kita gigit sandwich tu rangup sikit. lagi pun kan bagus byk sayur. ada vitamin.. hehe


Dah tu cantumkan/kawinkan bread tu & potong tiga segi macam gambor kat atas ni :)



Cheng..cheng.. sedia untuk di makan. Biasanya saya buat lebih. akan bawa bekal untuk bawa ke opis. yang tapau kuning saya punya. tapau biru plak untuk Hubby.. kang kalau dia lapar dalam jam 10 pagi. ada la sandwich dia bleh bedal...
Ha! ha! dengan bangganya kerana telah berjaya menawan selera Hubbyku itu! sekarang dia suka makan sandwich ni. dalam seminggu paling kurang pun 2 kali saya akan sediakan sandwich ni untuk dia. So.. nak try?

7 comments:

me_czar said...

Nyum.. nyum... sedap sungguh nampaknya.
Nk try jugakla..

nonnie78 said...

mimie.. laparlah ku tengok sandwich mu itu. hubbyku tak suka kobis, slalu ku buat sandwich sambal sardin.. itu feberetnya. tapi utk weekend ku buat continental breakfast, hotdog tu perkara wajib, kalu tak mengiau anak2 ku itu.. heheheh..

Shinta Musraika said...

me_czar,
try lah.. memang sodap! hehe..

Nonnie,
samalah aku pon sausage mesti ada dlm fridge barang 3-4 packet. wajib. tapi tak penah buat hotdog lagi, hubby ku mcm tak minat(aku yg tak penah try bagi dia mkn hehehe) pandainya kau istilahkan anak2mu itu 'mengiau' ya hahaha...

nonnie78 said...

mimie.. ku guna ngiau2 sbb tak sampai hati guna memekik2... hahahhahaha.. (padahal terpekik terlolong, kalau berebut lagi pening kepala)

My_Aqeelah said...

nampak sedap tapi hubby tak suka hotdog. harus try ni, tapi guna benda lainlah.

Yatie said...

abis kalo ku buat sanwich ni nnti namanya sama ke ? ni kan resepi mu jadi nyer ku kene letak "sandwich suami mu syg" la yer.. hehehehe

azstory said...

suka mkn roti, bila tgk lak sndwich ni.. ahhh laparnya...