MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Friday, July 8, 2011

My resepi: Lagi.... Makmur & Batang buruk!

Salam & Bismilah...

Makmur
Bahan-bahan utama :
* Kacang tanah yang di goreng dan di kisar.
*Tepung gandum
*Butter / minyak sapi (ikut suka la)
*Gula ising / gula blender halus.

~ sukatan: Kalau tepungnya 3 mangkuk, butter dan kacang pula 1 mangkuk. saiz mangkuk mesti sama.. contoh 3 mangkuk tepung saiz gambar di bawah tu, so kacang/ butter mesti 1 mangkuk saiz yang sama. biasanya kalau 1 kg tepung gandum saya gunakan 500gm kacang dan 2.5 buku butter. lebih kurang dapat 3 balang...

(Kacang goreng)
~ mula mula goreng tepung tanpa minyak dengan api kecil. lebih sekurang 10 minit la.. kacau-kacau gitu sampai tepung nampak kekuningan ( sesetengah org tak buat- ikut suka la)

(Tepung yg di goreng tanpa minyak)
~ kendian panazkan/cairkan butter

 
Tepung tadi di gaul/mix rata dengan kacang.. kalau guna mixer lagi bagus. tapi aku buat manual je... 

Kendian... tuang butter ke dlm tepung yang telah di gaul dengan kacang kisar tadi..

Jadikannya doh... macam gambar kat bawah tu.... 

Buat le bualat-bulat .... dan letak dlm bekas pembakar / luyang.. tgk mcm kat bawah tu.. susun elok2.. cantik pun... hehehe.. 










Bakar kat dlm oven dalam 10-15 minit suhu lebih kurang 180 darjah.. kalau rupa dia nampak kering2 tu kira dah masak la tu.. bila dah masak.. golek2 dengan gula halus / ising...

Tada... dah siap pun...

Batang Buruk

Bahan:
1) Kulit popia
2) gula kisar halus / ising
3) serbuk kacang hijau
4) minyak masak

* serbuk kacang hijau tu boleh beli kat kedai. Tapi kalau rajin boleh juga buat sendiri. goreng je tanpa minyak & blender.. tapi leceh sikit la kan..

Gunakan copstik untuk gulung kulit popia... saiz ikut suka hati la. gamkan dengan Air ice..

Goreng dengan api kecil dan sentiasa kacau supaya masaknya rata.. toskan... dan lepas tu uli dengan gula+ serbuk kacang hijau yg telah di mix..


 Tada..... Dah siap pun.... dah boleh makan!! ranggup dan sedap! kenapa namanya batang buruk? sebab rupanya macam batang yang dah reput.. hahaha! Selamat mencuba...



5 comments:

Ila said...

wah,dah start wat kuih raya ek...express betul

Mama Shinta Musraika said...

ya ila.. wat kuih raya bisnis sikit.. wat duit raya haha..

isabelle said...

tetiba rasa inspired nak buat kuih sendiri. tapi dgn 2 anak..err..buat kuih tunjuk je la

Mama Shinta Musraika said...

Isabelle, tahun2 lepas saya pon wat kuih tunjuk jer hehe.. biasa la tu. saya yg anak sorang ni pon tensen bila dia sibuk nak tolong hahaha..

CikZaitul said...

patutlah ko dah buat kuih dedua nih..rupeye kuih ni expreess buatnye...