MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Sunday, January 8, 2012

Cerpen: Malam yang panjang

Assalamualaikum. Bismilah

Cerpen lagi? hehe.. aku memang memerlukan malam yang panjang untuk menulis cerpen. Bagaimana pun malam semalam ada tetamu datang. Jadi bilik tetamu merangkap bilik komputer telah digunakan. 'Malam minggu yang panjang' menjadi pendek sebab aku 'terpaksa' tidur awal. online sampai jam 10 malam saja. Biasanya malam minggu aku boleh balun sampai jam 5 pagi siapkan cerpen atau sekadar lalu lalang dalam blog orang-skodeng! Aku pakai desktop jadi tak macam orang lain boleh update blog di mana-mana. Bawa je lappy-istilah org sekarang(baru tahu hehe) ke mana-mana, dah boleh update. desktop yang dah layak masuk muzium tulah yang aku gunakan untuk update blog dan share segala karut marut dalam blog ni :)

cerpen kali ini adalah cerpen percubaan. Kenapa percubaan? sebab ia lain dari cerpen yang lepas-lepas.. cerpen yang lepas-lepas hampir semuanya cintan cintun.. jiwang karat! ahahaha.. itukan memang style aku :) Tapi kali ni aku try cerpen yang lebih berat- yang macam seram kononnya.. yang mistik! eh? mistik? ceh.. takdelah! mengarut je..

Sebenarnya pengaruh secret 7 writer. Terutama kispen yang bertajuk mata yang ditulis bidadari surga. Aku nak buat yang misteri dan ada pengajaran di sebaliknya.. tapi entahlah.. macam tak menjadi je! ok stop with the intro.. jom layan kisah ni :)
( gambar ambil dari uncle google)

Risa berguling-guling di atas katilnya. Sekejap ke kanan, sekejap lagi ke kiri. Seketika kemudian dia memandang jam dinding. Pandangan matanya hampa bila tertangkap jarum jam yang hampir ke angka 12 tengahmalam. Keresahannya semakin mengigit perasaan. Tik.. tak..tik.. tak.. detik demi detik terasa begitu lambat berlalu. Malam yang panjang dan membuat Risa resah. Dia ingin sekali melelapkan mata.. tetapi risau kalau tidurnya akan kembali gundah lagi. Sayup-sayup Risa terdengar sesuatu. Risa bingkas dari katilnya. Dari celah-celah langsir dia menjengguk ke cermin tingkap biliknya.. pandangannya terpaku pada seseorang yang sedang mengangkat sesuatu yang kelihatan sangat berat. Sambil menoleh ke kiri dan ke kanan orang itu kemudiannya meletakkan barang yang dibawanya di belakang bangunan lama yang terbiar. Orang itu cepat-cepat berlalu. Risa tersentap bila barang yang dibuang itu bergerak-gerak. Risa dengan pantas turun ke bawah.. berlari-lari anak menuju ke situ..

Kedengaran suara tangisan.. teresak-esak. Tersedu-sedu. Dalam samar-samar malam Risa melihat seorang budak lelaki yang cacat menangis di sebalik dinding bangunan.. di celah-celah sampah sarap di tepi longkang yang berbau hanyir. Busuk! Berbau darah! Kaki budak lelaki yang berumur sekitar 8 tahun itu cacat. Budak itu kudung.. dan bukan hanya kakinya yang kudung. Salah satu tangannya juga kudung. Dan sebelah lagi ada, tetapi kelihatannya longlai.. lumpuh! Risa menajamkan pandangannya lagi agar lebih jelas. Sekalipun bau busuk semakin mencucuk-cucuk deria baunya. Hampir membuatnya muntah. Risa menutup hidungnya. Menghela nafas dari mulut supaya dia tidak tersiksa oleh bau yang boleh membuatnya pitam. Risa kembali menajamkan pandangan melihat wajah budak lelaki itu. Mukanya herot dan matanya kelihatan hampir buta. Kasihan sungguh!! Suara tangisannya sungguh menyayat hati.

“ tolong.. tolong saya” rintih budak itu. Hati Risa tersayat pilu. Siapakah yang meninggalkan budak cacat ini di lorong belakang bangunan yang terbiar ini.
“ Adik.. kenapa adik berada di sini?” tanya Risa penuh rasa kasihan.
“ saya.. saya telah di buang..”
“ Di buang? Siapa yang buang?”
Dengan tangan kudungnya sampai ke siku, dia menunjuk ke suatu arah. Risa membuang pandangannya ke arah yang ditunjukan oleh budak cacat itu. Sebuah pintu berwarna merah. Ketika itu seorang perempuan berbaju putih keluar dari pintu merah itu. Dia membawa sebuah baldi berwarna hitam ke tepi longkang dan mencurahkan cecair hitam yang mengeluarkan bau busuk dan hanyir. Perempuan itu kemudiannya masuk kembali tetapi membiarkan pintu itu terbuka sedikit.

“ Siapa perempuan tu..?” Tanya Risa masih memakukan pandangannya ke arah pintu berwarna merah itu. Senyap. Tiada jawapan. Risa memandang ke bawah.. ke arah budak itu. Hilang! Budak cacat yang kudung kaki dan tanggannya itu ghaib! Risa terkejut. Budak kudung itu tidak mungkin boleh pergi ke mana-mana dengan begitu cepat. Sungguh cepat! Tidak sampai sepuluh saat!! Matanya melilau ke sekeliling tapi langsung tidak ada.. budak itu benar-benar ghaib macam magik! Meremang bulu roma Risa.. irama jantungnya mulai kedengaran laju. Akan tetapi..

Dengan perlahan Risa melangkah ke arah pintu berwarna merah itu. Menyusuri longkang berbau busuk yang memualkan. Risa mengintai di sebalik pintu yang sedikit terbuka. Melihat seorang doctor dengan beberapa orang pembantu sedang sibuk dengan sesuatu. Entah dari mana keberanian Risa datang. Dia menguak daun pintu dengan berhati-hati.. terjengket-jengket curi masuk dan bersembunyi di sebalik sebuah almari barang di ruangan itu. Terdapat pintu bilik air tidak jauh dari almari itu. Risa bimbang juga jika ada sesiapa menuju ke bilik air, mereka mungkin akan melihatnya.

Tapi tidak ada sesiapa menyedari kehadirannya. Mereka terlalu sibuk. Rupanya tempat itu adalah sebuah klinik. Seorang perempuan berbaring dengan kedua kelangkang kakinya dibuka lebar-lebar. Doktor itu mengambil satu alat. Dan memasukkan alat ke celah kelangkang perempuan itu. Perempuan itu menjerit-jerit kesakitan. Peluh dingin keluar dari dahinya. Darah merah mengalir disedut oleh satu hos dan tumpah ke dalam baldi berwarna hitam.
“Ah… Ahhhhhhhhhhh!”
Jeritan perempuan itu begitu membingitkan telinga. Ngeri sekali. Titis-titis darah yang tercurah ke dalam baldi itu lebih banyak lagi. Merah kehitaman. Tangan doctor itu menyeluk ke celah kangkang perempuan itu dan kedengaran sekali lagi suara kesakitan yang mengerikan dari perempuan itu.

Gumpalan daging di cabut keluar dan di campakkan ke dalam baldi itu sekali lagi. Akhirnya semuanya selesai. Perempuan itu kelihatan longlai. Dia bangun dengan lesu dan melangkah perlahan menuju ke arah Risa. Risa panik. Dia tahu perempuan itu menuju ke bilik air di sebelah almari tempat Risa bersembunyi. Perempuan itu semakin mendekat.. semakin dekat dan… berhenti di depannya. Menatapnya tajam. Wajahnya pucat dan berpeluh. Bibirnya bergetar dan ada sisa-sisa airmata. Risa terpegun. Kaku!


“Lihatlah apa yang telah kau lakukan!!”


Tiba-tiba perempuan itu berkata padanya.


“ Apa yang aku lakukan?”


Jawab Risa terkejut. Perempuan itu tersenyum sinis. Dia menghulurkan kedua-dua tangannya kepada Risa. Tangan itu berlumuran darah. Dan segumpal daging bergerak-gerak di telapak tangan itu. Daging itu mengeliat seolah-olah bernyawa!

“ Apa itu?” Pekik Risa ketakutan.


“ Apa? Kau tanya aku apa?” tempik perempuan itu marah. Budak cacat yang kudung itu tadi tiba-tiba berada di sisi perempuan itu. Budak cacat itu bersuara..


“ tahukah kau betapa sakitnya bila besi dari tangan doctor itu melumat tubuhku.. lihatlah aku. Cacat.. kudung.. berwajah herot! Semuanya sebab kau cuba bunuh aku..”


Dengan tidak semana-mana wajah perempuan itu mulai Risa kenali.. bibirnya.. matanya.. hidungnya.. Wajah perempuan itu sungguh dia kenali. Wajah itu serupa benar dengan wajahnya sendiri. Risa teringat...akhirnya teringat betapa sakitnya ketika besi-besi itu masuk ke dalam tubuhnya dan berputar-putar lalu melumat daging yang sedang berdenyut.. bernyawa dalam rahimnya. Risa ingat semuanya!!!


“TIDAK!!!!!!!”


Risa bertempik. Dia sudah berusaha lupa. Dia sudah buang ingatan itu jauh-jauh!! Dia bukan perempuan itu! Bukan!!


“Bukan aku!! Bukan….!” Jeritan bergema. Dan Risa tersedu sedan di atas katilnya. Malam yang panjang itu menghantui hidupnya. Mimpi itu semakin aneh setiap hari.. dan ia datang saban malam ke pintu bilik Risa!


Habis!

***

*Cerita satu malam: eh? ini cerita satu siang malam la! Biasanya aku buat cerpen sebelah malam.. masa tu sunyi.. sepi.. memang lancar sikitlah idea nak datang. Iklan pun tak banyak. tapi tadi aku start tulis cerpen ni dari jam 4 petang, dah tu ada iklan memasak.. iklan mandikan anak.. iklan bagi makan anak. iklan gaduh-gaduh sayang dengan anak.. dengan laki.. banyak lah iklan. Jadi akhirnya siap juga sekitar jam 11 malam setelah sesi edit mengedit.. aku pun tekan... Publish! :)

---> Gambar di remove sebab menakutkan hehe..

12 comments:

EL MARIACHI said...

ini sangat bagus...sila kasi link kat S7W...hahaha..peace y'all

reenapple said...

err.. gambar tu menyeramkan.. aku tidak boleh melihat darah... err..

by the way.. ada pengajaran tersirat even agak meremamg bulu roma aku membacanya.. hehe

Bidadari Syurga said...

menarik... misteri... wahhhh. beyond imagination tahu kispen ni. mimpi dalam mengenali dosa sendiri... ini terbaik. prasedar yang bikin manusia kurang rasa takut untuk lihat sekeliling.

ps: tak banyak yang perlu di ubah... cuma punchtime story yg adik kena pendekkan sikit bagi sharp... yang lain dah bagus. jalan cerita best tahu... aduh... akak rasa jiwa kispen kamu. tahu tak? kamu memang berbakat untuk menulis cerita sebenarnya.

kakyong said...

aduii.. ngeri tgk gamabr budak tu.. ku tak baca habis pun.. skip2 gitu.. tp ku tahu mu memang ada bakat.. apa lagi.. serlah kan bakat mu itu... nanti boleh buat buku.. ;)

Nong Andy said...

abang Bro,
simplenye komen. kritik la sikit.. bior sy boleh baiki lagi :)

Reenaple,
gambar tu kononnya nak tambahkan seram lagi ahahaha.. ini cerpen testing ni :)

Cik Bidadari Syurga,
punchtime story tu apa? terlampau byk meleret-leret ke? hehe..sepatutnya ia pendek tapi padat? kurang ilmu ni.. byk tak tau! byk kena blajar lagi.. bakat saja tak cukup kalau xde ilmu kan?

Kakyong, teringin juga ada buku sendiri-novel sendiri. Tapi masih tak bersedia rasanya sebab masih kurang ilmu.. nanti editor penerbitan ketawakan je :p

Iffah Afeefah said...

pes time bace cte seram

serius tak bole masuk jiwa

aku mintak maaf


cube bace tp aku tak suke..takut...


uwaaaa rase nk ngis da sbb xdpt hayati kispen ni

mmg menakutkan okey! grrrr

nanti jiwa aku kuat aku cuba bace bebetol

tp gamba kene buang dlu

hahahahaha takuttttttttt

Suhaili Sarif said...

baca pagi2..kalau bace mlm2 mst da tutup mata.huhu

Nong Andy said...

Iffah..

ini cerpen percubaan. Tak sangka ia keterlaluan smpai iffah x brani baca.. tapi akhirnya baca juga. TQ sebab sebut kispen ni kat blog Iffah :)

Aku pon tak suka buat kispen macam ni ahahaha.. aku suka yg jiwang :)
tapi saja nak pelbagaikan cerpen.

**********

Cik Suhaili, tadi ada gak kejap gi blog kamu tapi tak sempat tinggalkan jejak. Maklum... masa kerja kat opis :)

Baca siang2 tak takut la kan :)

Eera Shera said...

takotnye tgk gmbr..sy baca skali lalu je sbb x mau tertengok gmbr tu..eeiii serammmm!!

Nong Andy said...

Eera pun takut kan gambar tu ye? hehe..

Eera Shera said...

hah baru boleh baca..

elok ni bg pompoan yg nk ada baby sebelom kawin baca..kalo x smpt gugur, dibuangnye baby tu bila lahir..x de perasaan lgsg..

tp kan kak..ada member sy mcm stuju je org yg terlanjur ni gugurkan baby. sbb bleh elak malu. sy jwb la sape suruh dia buat. brani buat berani tanggung la.. eh terpanjang pulak ;)

Nong Andy said...

oh.. akhirnya Eera boleh baca ahahaha..

akak pun slalu tulis pjg2 dlm blog org :)