MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Saturday, March 24, 2012

Cerpen : Pelangi

Salam. Bismilah


Hujan rintik menganggu. Langit masih cerah tapi titisan hujan turun jua.
“ Ala… tak best la macam ni!” runggut Dira.
“ Takpe.. hujan sikit je.. tengok sana” Dira pandang arah jari telunjuk Nik. Jauh di sana ada warna-warna indah menghiasi dada langit.
“ eh.. pelangi.. cantiknya!” kata Dira spontan melihat sang pelangi. Nik senyum.
“Cantik macam kamu” Katanya lagi. Dira tersipu dengan pujian itu.
“ Ee… ayat! Manis mengalahkan madu..” Protes Dira. Nik senyum lagi. Benar. Dira adalah pelangi dalam hidupnya kini. Nik sebatang kara. Tidak beribu tidak berayah. Rumah anak yatim tempat dia berlindung dan membesar. Dia dapat tahu dari pengetua rumah yatim. Ibu dan ayahnya bukan orang baik-baik. Pengedar dadah. Kedua mereka mati ditembak ketika bertempur dengan polis. Nik hidup dalam tekanan. Dia benci ibu bapanya. Dia malu kerana berasal dari keturunan yang jahat. Dia rasa dirinya hina! Dan kerana itu dia menjauhkan dirinya dari semua orang. Hidupnya hanya ada kesuraman hinggalah Dira Hadir.
“ Kenapa melamun..” Nik tersentak. Sapaan Dira mematikan lamunan.
“ Bukan.. Cuma pelangi tu. Cantik sangat. Kamu tentu pelangi yang dihantar tuhan untuk Nik kan?” Dalam maksud kata-kata Nik. Dalam hidup Nik yang suram, Dira muncul dan menjadikan langitnya berwarna-warni. Dira menghela nafas panjang mendengar ucapan Nik. Dira tahu Nik sukar melupakan kepahitan silam. Hidupnya lebih banyak pahit berbanding manis.

“Pelangi datang lepas hujan turun. Cantik, indah.. Tapi warnanya yang indah tu tak kekal lama. Sementara saja. Ia hilang lenyap bila mentari terus bersinar garang.. macam Dira juga. Cantik Dira hanya sementara. Tak kekal. Sekejap saja akan kedut seribu..” Kata Dira membidas balas. Nik tertawa.

“ Cantik hati Dira tentu tahan lama. Sebab kecantikan hati Dira telah menjadikan semua yang pahit kini menjadi manis..” Kata Nik lagi. Sambil merenung mata Dira yang menawan. Menikmati senyuman Dira yang indah. Dira tertawa. Bunyi tawanya sungguh gemersik.
“ Ah.. mulut manis… jaga-jaga nanti di gigit semut” Kata Dira sambung tertawa.
“ Jom balik.. Baby dalam perut ni dah lapar.” Kata Dira lagi sambil mengosok perutnya. Hampir 5 bulan.
“ Baik Puteri.. Patik menurut perintah..” Balas Nik sambil menyorong kerusi roda Dira. Dira tersenyum manis mendengar kata-kata Nik. Sambil menyorong kerusi rodanya, Dira dapat rasa kecupan bibir Nik di kepalanya. Perit baginya kehilangan kedua kakinya selepas menyelamatkan Nik yang hampir di rempuh lori. Bagaimana pun dia bersyukur kerana keperitan itu dibalas dengan kemanisan yang kini miliknya… Dan insyallah akan terus menjadi miliknya.

*****

*Borak penulis : Sebenarnya aku cuba menulis kisah yang manis-manis. Tapi hidup tak selalunya manis. Bila kita rasa diri kita malang, sebenarnya kita masih bertuah. sebab ada ramai lagi di luar sana lebih malang. Dan ukuran bahagia itu tidak sama bagi setiap orang. Kitalah yang menentukan yang kita ingin bahagia atau tidak. Bila kita asyik komplen itu ini dalam hidup kita dan rasakan hidup kita tak bahagia, Maka kita memang tidak bahagia. Sebab kita dah mind set yang kita tidak bahagia. Tetapi kalau kita bersyukur dengan apa yang ada.. mungkin saja itu boleh jadi satu definasi bahagia. (aku rasa mcm aku dah ceramah pulak dah!) ini hanya pandangan peribadi :)

*pssst! Lady windsor. Aku pinjam NIK ya? hehe..

12 comments:

reenapple said...

Ah... dah lama aku tak nampak pelangi.. huuu.. tapi aku suka tengok hujan dari pelangi.. Ia menenangkan.. hehe.

*aku setuju dengan borak penulis.. hehehe. kehidupan tak selalunya manis tapi kita ada pilihan untuk jadikan ianya manis bukan? Itu hak kita untuk jadikan bahagia itu milik kita dengan cara kita tersendiri...

Aku Bersyukur masih diberi peluang untuk hidup .Untuk membetulkan kisah-kisah lalu. =)

Nong Andy said...

Reenaple, aku pon dah lama x tgk pelangi.. cantik sungguh ciptaan tuhan :)

jom kita pancut air kat panas terik matahari.. tgk ada pelangi x? hehe..

* aku tau ko akan setuju hehehe.. sebab ko pernah ada n3- life not a fairy tales hehe..

Lady Windsor said...

Hmm...kau buat aku berasa bahagia dgn merenjiskan warna pelangi pada Nik dan Dira...meskipun hakikatnya pedih...Pinjamlah selama mana kau mahu...aku tahu dia memang berhati mulia...

Nong Andy said...

Lady Windsor,

:) aku pon rasa Nik seorang yg mulia. Hidup tak selalunya manis. tapi rasa pahit dan manis 'lidah' kitalah yg menentukannya. insan yg hidup susah tetap merasa 'kemanisan' hidupnya. dan yg hidup kaya raya blum pasti merasai 'kemanisan' itu :)

Iffah Afeefah said...

Erm sweet cume kau kne pnjng kn lg

plik bile nong andy y aku knl wat cerpen pndek je

Nong Andy said...

Iffah :)

ini kira kispen terpendek aku pernah buat :)

Aku teringin juga nak jadikannya panjang.. tapi biasanya akan menjadi sgt panjang berjela2 :)

* Ko dah biasa dgn cerpen aku yg pjg hehehe..

Lady Windsor said...

Iffah,
Ye lah kan...aku pun tegezut bila baca kispen NA kali ini sangat pendek tapi aku suka begini ...aku ni jenis nak yang fast saja..hihi

Nong Andy said...

LW,

samalah.hahahaha.. aku sendiri tergezut boleh buat cerpen yg betul2 pendek hehehe..

Adie Achim said...

Saya selalu apanila terserempak dengan pasangan yang boleh menerima kelemahan pasangannya (tak kira cacat/ada kekurangannya) saya akan berkata (dalam hati) betapa mulianya hati orang itu. Dan perasaan empati seperti dapat merasakan betapa pasangan itu sangat bersyukur dipertemukan dengannya.

Nong Andy said...

Adie,

thanks drop komen :)
Aku teringat kata2 kawan baik ku. Kalau dah jodoh x ke mana. Biar org gemuk.. hodoh.. atau cacat pun ada gak pasangan dan jodoh mereka. Tapi biar canti jelita dan kerjaya baik tapi kalau jodoh belum sampai.. itu ketentuan tuhan. Dan hingga kini dia masih begitu.. stuck with some one! hurrm..

Anonymous said...

Login to last notes that they left indicated that they should either have the topic solved or have more
info for us in around 20-30 more than minutes from now.

ipage
road very advantageously.

Also visit my blog post :: website hosting

Anonymous said...

Excellent pieces. Keep writing such kind of info on your page.
Im really impressed by your site.
Hi there, You have performed a fantastic job. I'll certainly digg it and individually recommend to my friends.
I'm confident they will be benefited from this web site.


Also visit my blog post; lottery registration