MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Friday, April 6, 2012

Cerpen : Benci Tanpa Rindu

Salam. Bismilah.


(Aku paling suka muziknya!! rasa nak shake kepala haha! jemput dengar ya!)

Cerpen ini aku sambung dari Nukilan Cik Bidadari, cerpen BENCI yang benar-benar mengugat emosiku. Benar-benar buat aku rasa BENCI seperti tajuk cerpen itu hehehe.. dan berbekalkan rasa benci itu aku menghasilkan sambungan ini..

“ Kenapa kau putuskan pertunangan kita? Sampai begitu sekali kau bencikan aku? Tak bolehkah kau maafkan aku?” Luqman merenung mata Balqis. Mata indah yang banyak menangis kerananya. Sungguh Luqman tidak menyangka. Hati yang dulunya lembut kini sudah berkeras menolaknya. Egonya tercalar. Cinta gadis itu tak mungkin pergi darinya semudah itu!



“Mungkin kau tak dengar baik-baik.. aku pernah cakap. Bila mana aku tukar nombor tu. Maknanya aku sudah berpatah arang padamu dan sudah terlewat untuk merayu. Aku bukan jual mahal okey.. aku cuma sudah sampai limit aku. 10 tahun tempoh yang aku bazirkan itu harganya tidak setimpal dengan pinangan kau.. jadi. Jangan wujud lagi didepanku.. aku BENCI!!!” Mata bundar yang menawan memandangnya garang. Luqman telan liur. Tak menduga gadis yang paling lembut, gadis yang dia yakin benar tak mungkin memberikan hatinya pada orang lain, selain dia, kini menolaknya tanpa belas kasihan. Balqis itu sudah menjadi Balqis yang tidak dikenalinya.


“Balqis…” Seru Luqman lemah. Kehilangan kata-kata.


“ Please Luqman.. kalau kau pinang aku setakat untuk memuaskan egomu.. hanya untuk membuktikan kata-katamu yang aku ini hak kau. Dan kau nak tuntun hak itu sampai ke lubang cacing.. Lebih baik aku mati saja. Lebih baik kau bunuh saja aku ini. Sebab mati lebih baik dari kawin dengan kau.. hidup dengan kau pasti akan membunuhku berkali-kali dan itu lebih teruk daripada mati..” Nadanya masih kejam. Wajah marah yang tetap menawan.


“Kau salah.. Aku bukan .. Aku..” Tawa kecil Balqis mematikan kata-kata Luqman.


“Sudahlah Luqman.. Aku maafkan semua luka yang pernah kau toreh ke dadaku. Tapi.. maafkan aku juga, sebab luka-luka itu sudah melumatkan hatiku hingga tidak ada ruang lagi untuk kau bertakhta di dalamnya..” Balqis tersenyum sinis. Berlagak angkuh meski pun dia seakan menikam hatinya sendiri dengan kata-kata itu. cukuplah.. dia sayangi dirinya kini. Dia tak rela terus menyakiti hatinya sendiri demi cinta pada Luqman.


*****


“Kau tak menyesalkah Qis..? 10 tahun kau cintakan dia.. tapi bila sekarang dia dah serius cintakan kau.. kau pula?” Kata-kata Mira buat Balqis tersengih. Mungkin ini keputusan gila. Mungkin dia akan menyesal untuk selamanya. Tapi Balqis sudah tidak kisah lagi. Kalau sakit.. biarlah sakit. Sekalipun ini akan tikam hatinya hingga mati. Sekurang-kurangnya dia sudah tikam hati lelaki itu secukupnya. Dendamnya terbalas.


“ Menyesal? Huh.. Aku hanya akan menyesal kalau biarkan dia menang! 10 tahun aku jadi si bodoh. 10 tahun aku sayangi dia.. cintai dia. Sekarang tiba masa aku sayangi diri sendiri.. Playboy itu tak akan pernah berubah. Kalau aku kawin dengan dia.. Aku umpama masuk ke neraka!” Balqis terasa puas dengan keputusannya. Mira mengeleng. Mawar merah yang cantik, jangan lupa ia berduri.


“Tapi Qis.. aku rasa Luqman dah settle down. Aku yakin Luqman kali ini benar-benar berubah. Dan paling penting aku tahu kau masih cintakan dia.. Please beb! Aku tak mahu kau menyesal..”


“ Kau apahal? Kau dah jadi talibarut dia ke?” Marah Balqis mendengar pujukan Mira. Mira tergelak mendengarnya.


“Come on Qis.. Kau boleh bohong dengan aku. Tapi kau tak boleh bohong hatimu sendiri..” Balqis mencebik. Kata-kata itu terasa pedas sebenarnya. Balqis tahu dia sedang mengunyah cili bila mendengar ungkapan Mira.


“ Mira.. boleh tak kau sokong aku? Cinta saja bukan janji sebuah bahagia tahu.. dan kemaafan tak ada harganya kalau diberi untuk kesalahan sama yang berulangkali!” Nadanya membara. Amarah masih menyala dalam hatinya. Mira mengeluh. Mira tahu amarah Balqis itu adalah kesilapan Luqman.


****


“Balqis..” Luqman terpacak didepannya. Serabai. Kusut!


“ Kenapa kau muncul Lagi? Aku benci tau!!” Marah Balqis.


“ Tapi aku cinta..” Ucap Luqman tanpa segan silu.Dia yakin mampu tawan hati itu semula. Apa pun harganya. Balqis ketawa.


“ Dah tak manis.. ayat itu hanya buat aku menyampah!” Kata Balqis mengejek.


“Balqis.. kau mahu aku melutut.. merayu? Aku akan buat.. aku tak kisah! Aku tahu aku salah.. aku tahu aku dah sakiti hati kau banyak kali.. ” Kata Luqman serius. Mengalah tak bermakna kalah. Pertama kali Balqis lihat lelaki itu menjatuhkan egonya seperti itu. Pertama kali Balqis melihat kesungguhan terpancar di mata lelaki itu.


“Maaf.. itu tak berkesan. Jangan buang masa kau memujuk aku. Ada ramai lagi perempuan lain beratur tunggu kau.. tak berbaloi kau buang masa kau di sini” Riak muka Luqman memang tersentap. Tapi Luqman nekad. Mati pun dia tak akan berputus asa.


“Balqis.. aku tak boleh hidup tanpa kau!” Pujuk Luqman lagi.


“ Kalau begitu pergilah mati..” Kejam! Hati Luqman benar-benar tertikam. Balqis berlalu. Dia puas. Benar-benar puas hati. Tetapi entah kenapa airmatanya berjuraian tanpa henti…


********
*Cik Bidadari, Ini sangat BENCI hehe.. sila sambung :)

12 comments:

Bidadari Syurga said...

pergh... gila kentang *pinjam ayat mot kejap...* best gila... serupa kejamlah balqis berwatak mcm tu*

Nong Andy said...

hehe.. cik bidadari. jan lupa pesanan penaja.. SILA SAMBUNG :)

Bidadari Syurga said...

alah aku mcm cuakpun ada gak nak sambung kispen kau best kot. adoi...

Nong Andy said...

haha.. best apanya. Asik membenci jer haha.. apa pun aku nak happy ending wakakakaka.. Watak Luqman agak 'lemah' dlm kispen ni. haha judge kispen sendiri boleh? tapi aku x pndai 'kuat'kan watak Luqman. Sila repair kalau rajin n ada masa :)

EL MARIACHI said...

bila nak post entry Maiza Amira abang bro yang dah edit tu...hahaha

Nong Andy said...

haha.. ia panjang. baru edit sikit... nak simpan untuk sayembara :)

Bidadari Syurga said...

watak luqman sudah ok... cuma balqis yg masir samar knpa dia begitu...

Nong Andy said...

er.. haha! yeke? i tot watak Luqman sepatutnya lebih Ego. lebih keras.

Balqis.. er. aku andaikan terlalu terluka ( aku bayangkan Luqman kasanova haha..) Jadi dia sudah berhenti berharap dgn Luqman. Balqis keras hati dlm watak ni.. keras hati mcm aku hehehehe..

*Kalau dah masukkan peragai penulis dlm kispen jadi gitulah wataknya haha..

EL MARIACHI said...

terbaekkk tuuu...please take your time NA...

Nong Andy said...

:)

Abg Bro. sebelum hantar ke sayembara. saya akan bagi abg Bro baca dulu. dari FB myb :)

Iffah Afeefah said...

Erm sambungan yvhebat

aku harap happy ending

aku harap balqis lupekn dendam die

Nong Andy said...

Iffah,

aku pun harap macam tu :)