MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Monday, April 9, 2012

Kispen : Benci itu Cinta? (sambungan reenapple)

Salam. Bismilah.

Aku berkeras juga nak publish malam ni. tak kira..tak kira.. hahahaha. Ini sambungan versi aku untuk kispang si Reenapple :) gila blur nak sambung tapi degil juga hahahah..
oh ya.. idea ni pun ada ada gak sumbangan dari dia. cuma aku guna olahan sendiri jer hehehe..
Sila terjah kispang : Benci itu Cinta dari reenapple untuk memahami asal usul kispen ni okeh :) 


Azizi terpandang Aina yang tekun membaca di perpustakaan sendirian, biasanya bertemankan kembar tak seirasnya, Irfan dan Zarina. Rasa sakit di hatinya terasa mengigit-gigit bila teringat pandangan mata gadis itu. Penuh kebencian. Azizi cukup tak puas hati. Apakah punca kebencian gadis itu padanya? Azizi mendekat dan duduk di sebelah Aina. Aina tidak menyedari kehadirannya. Azizi serba salah. Dia perlahan mendeham untuk menyedarkan Aina akan mewujudannya di situ.



“ Eh.. kamu?” Nada terkejut yang bukan di buat-buat.


“ Ye.. saya.. kau sorang je?” Tanya Azizi agak kekok.


“ Er.. tak!” sahut Aina sambil ketawa sinis. Azizi jengkel.


“ Dengan siapa..?” tanyanya macam bodoh.


“ Tadi sorang.. tapi sekarang dah berdua.. dengan kamu” Katanya mencebik. Nada kemenangan. Berjaya mengenakan lelaki itu. Azizi tertawa jengkel dengan lawak itu.


“ Huh.. soalan bodohkan?” katanya mengakui sendiri. Dia terkena.


“Tau.. takpe!” kata Aina sambil memakukan kembali matanya pada buku tebal. Azizi jengkel bila sekali lagi Aina buat bodoh dengan kehadirannya di situ. Seolah-olah kewujudannya tidak penting. Menyakitkan hati sungguh! Egonya tercabar dengan lagak gadis itu.


“ Aina.. aku tak bermaksud nak ganggu kau sebenarnya. Aku cuma nak tanya kau satu perkara” Aina mendongak. Menatap lelaki itu. Entah kenapa dia berharap lelaki itu menelan saja pertanyaan itu. Dia tak mahu menjawab apa-apa dari Azizi. Dia tak ada kekuatan untuk menghadapi lelaki yang menjadikan benci itu satu rindu yang menyiksakan kepadanya.


“Okey.. apa dia. Please make it quick.. aku sangat sibuk sekarang” Ujarnya dengan muka tenang yang dibuat-buat sedang dalam hatinya Tsunami sudah mengila.


“ Kau benci aku?” Direct to the point. Aina tersentak.


“ Apa kau merepek ni?” tanya Aina cepat. Azizi ketawa jengkel lagi.


“ Kau tahu aku tak merepek.. sangat obvious tahu?” Kata Azizi sedikit tinggi.


“ Aku tak tahu apa kau cakap..” Marah Aina.


“ Aku tak puas hati.. apa yang buat kau benci kat aku hah? Do I did something wrong with you?” Wajahnya kesal. Pantas Aina mengeleng.


“ Nop! No… Aku tak benci kau. Tak ada apa.. aku tak faham kenapa kau anggap aku benci kau? Tak ada apa aku nak benci kau..” Dalihnya. Dia tidak berani menentang mata Azizi.


So.. kau tak benci aku?” Kata Azizi mendekatkan mukanya ingin menatap mata gadis itu. Mencari kebenaran. Aina mengeleng. Yakin.


“ Oh.. kalau begitu. Prove it?”


“ Hah?”


“ Yup! Buktikan yang kau tak benci aku..” Aina ternganga. Tak percaya kata-kata yang keluar dari mulut Azizi. Agaknya Azizi tengah bergurau dengannya. Tak lucu okey!


What? Untuk apa?”


Well.. kau tak mahu jelaskan kenapa kau benci dengan aku. Jadi baik kau buktikan yang kau tak bencikan aku.. aku nak jadi kawan kau. Aku nak join kau makan masa lunch.. Aku nak join kau buat research kat sini.. aku nak spend time with you..”


“ Nonsense..!” potong Aina.


“ oh.. nonsense? Jadi beritahu aku.. apa yang buat kau benci sangat dengan aku? kau tak boleh benci orang tanpa sebab .. aku nak sangat tahu, aku dah terpijak ekor kau ke?” Tanya Azizi dengan geram. Hampir hilang sabar.


“ Shu…” Pustakawan datang mendekat dengan wajah memberi amaran. Aina mendengus. Rasa terdesak. Dia mengambil bukunya dan berlalu. Azizi termanggu di tinggalkan. Aina keluar.


“ Hei.. tunggu! Aku belum habis cakap tau!!” Azizi tarik tangan Aina.


“ Don’t you ever touch me!” Tengking Aina hingga menjadi perhatian pelajar lain. Aina termalu. Azizi juga sama.


“ Sorry..” Kata Azizi.


Me too.. maaf! Azizi.. it's not a bad idea.. really!” Kata Aina kesal. Dia tahu Azizi tak salah. Azizi tidak layak mendapat layanan buruk darinya.


“Tapi?...” Azizi menunggu kata-kata seterusnya.


I hate you.. coz I can't stop thinking bout you! Puas hati..” kali ini giliran Azizi pula yang ternganga. Aina berlalu dan Azizi masih terpaku.


*****

*Bersambung... hahaha. jangan marah :p. sila bagi cadangan... lepas tu jadi macam mana :D

10 comments:

reenapple said...

Loh... aku ingat kan ada happy ending ka.. hahahaha. Aku pun tak tahu macam mana nak siapkan...

kau boleh fikirkan, Azizi p jumpa Aina dan reject Aina.. hahahaha

syafa said...

sambungan :itu mungkn mimpi aina..hehe.

Nong Andy said...

Reenapple,

aku memang nak buat happy ending.. tapi ntah.. buntu jer. Azizi reject Aina? mana boleh.. bukan Aina ada cakap dia suka Azizi pun ahahahaha..

aku blurlah.. tunggu tgk ko sambung mcm mana. Aku nak pakai nama Syazril gak lah hehehehe..

***********

Syafa,

Mimpi je? oh.. gud idea :)

reenapple said...

hahahaha.. ko nak pakai Syazril nak guna buat apa??heheheh...

Happy ending? good luck ah.. heheh

Teenager Housemaid said...

erkk..hahah..
korang main kispen sambung2 eh..:DDD

Iffah Afeefah said...

Aku jem da kalo nk smbng ni plak
bg aku

aku nk dorg kawen then gelak sme2 igt scne tu hehe

Nong Andy said...

reenapple,

mcm2 idea dlm kepala aku tapi bila nak kembangkan.. hadoi.. stuck!

********

TH,

meh la join :)

********

Iffah,
mcm best gak idea ko tu. er.. dah buat?

guest writer said...

OOO SEPATUTNYA AINA JELASKAN YG DIA BENCI AZIZI SEBAB MANTAN AINA NAMANYA AZIZIKAN? HEEEEEEEEEEEEEE... TAPI TERJATUH CINTA PLAK... ADUH.... BUKAN KE AZIZI TU BOSSY ORANGNYA? TAPI KAT SINI WATAKNYA AGAK ROMANTIS... KE SEBAB DIA DAH MCM ANGAU JATUH CINTA PADA AIA KOT...? SILA SAMBUNG... HEEEEEEEEEEEEEEEE AKHIRNYA DAPAT BACA GAK... SETELAH SABAR MERELOAD..

guest writer said...

WEEEEEEEEEEEEE SORY...
FROM BS...

Nong Andy said...

Cik Bidadari.

akhirnya? heeeeeee..

hahaha.. yup kononnya bossy. tapi bila dia dah masuk kispen aku dia dah berubah watak wakakakka.. sebab dah Azizi ikut teste aku hahaha..