MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Monday, May 7, 2012

Cerpang : Cinta Itu Indah

Salam. Bismilah.

Aku masuk tidur sekitar jam 12 malam. golek sana golek sini.. hais.. kenapa ni tak boleh tidur? besok kerja tau! akhirnya aku give up. bila keluar aku lihat jam dah pukul 1.20 pagi. hoi mata.. apasal kau takmo tidur hah.. aku on pc.. dan....... ah! laju pula jari-jari ni berlari.. reenapple, Iffah.. satu hutang sudah bayar k. hutang yang lain tu.. masuk buku 555 dulu heee.. buat semua pembaca yang dihargai, er.. jom layan! hehe..


Cinta itu indah? Huh! Bagi Mira cinta itu bodoh. Dunggu. Tolol. Kalau tidak masakan dia masih cintakan Danial sekalipun Danial dah mendua-mentigakan dirinya. Hingga satu tahap Mira fikir ingin cabut saja kepingan hatinya itu dari dadanya dan buang dalam tong sampah. Kalau tidak pun lontar saja bagi makan anjing. Sebab hatinya tak pernah mendengar kata. Hatinya tak pernah nak dengar nasihat. Degil!
Jangan rindu.. jangan rindu.’ Marah Mira pada hatinya. Tapi kata-kata mulut manis Danial masih juga dikenang-kenang oleh Hati Mira. Huh..

“ Aku benci..benci..” Gambar Danial ditonyoh-tonyohnya dengan kukunya yang kontot. Betapa pun berjuta kali dia mengatakan benci pada gambar itu, Mira tahu hatinya sedang rindu. Sarat rindu. Ah.. bodoh!
“ Kalau aku jadi kau.. dah lama aku talak si Danial tu, Mira..” marah Shila. Kawannya. Ah.. mudah bagi Shila cakap macam tu. Memanglah! benda tu bukan kena batang hidungnya. Bukan Mira tak pernah cuba. Sudah.. tapi hatinya degil. Entah pugai apa yang telah dihembus oleh Danial padanya hingga dia tak boleh nak lupakan lelaki itu. Melihat wajah muram Mira, Shila tarik nafas berat. Kalaulah dia boleh carikan penawar buat penyakit angau Mira pada Danial tentu dia sanggup cari walau terpaksa ke ceruk cerun lembah atau gunung ganang, asal saja Mira terlepas dari penyakit angau tidak bertempat Mira itu. Shila mendekati Mira, memeluk bahunya.
“Kau ni terlalu naïf..” Bisik Shila. Mira mencebik sambil menjeling senyuman Shila yang seolah-olah mengejeknya.

“ Dan bodoh..” Sahut Mira sambil tersengih.

“ Tau takpe..” dan mereka ketawa.


****

Balik-balik dia. Balik-balik mukanya lagi. Mira tarik muka. Entah apa dosanya hingga dia asyik bertembung dengan lelaki yang bernama Danny itu. Dia sebenarnya bukan benci pada lelaki bernama Danny itu melainkan dia membenci bekas kekasihnya yang bernama Danial. Danny dan Danial seakan-akan mirip saja bunyinya. Lebih menyakitkan hati, bentuk tubuh fizikal serta rupa pun ada iras-iras Danial. Itu yang buat Mira membuat keputusan menjauhi Danny.
Ah.. Danny ada korean look ke? ekekeke..
“Cik.. perasan tak, dah beberapa kali kita bertembung.. nampaknya kita ni macam ada jodoh..” Kata Danny pada Mira. Mira mencebik.


“Kebetulan sajalah..” ujar Mira cuba menahan riak menyampah dari terpamir di wajahnya. Danny kelihatannya ingin berbual lagi dengannya.


“ Er.. maaf. saya dah dapat buku yang saya cari..” Potong Mira jual mahal. Mematahkan niat Danny untuk meneruskan kata-kata. Mira cepat-cepat mengambil sebuah buku secara rambang. Tak peduli. Kerana ingin lari dari Danny dia terbeli buku yang dia langsung tak tengok isinya. Mira sempat menangkap pandangan kecewa di mata Danny. Huh! Mira tidak akan terpedaya. Dia tidak mahu bermain api. Takut dirinya terbakar lagi.


Danny menghantar gadis itu dengan pandangan matanya sambil mengeluh hampa. Baru saja dia nak cuba usha gadis itu. Dia tak biasa ‘ditolak’ sebenarnya. Dengan rupanya boleh tahan dan senyuman menawan biasanya gadis-gadis tidak akan sombong padanya. Ah.. lantaklah! Masih ramai lagi gadis yang lain.


Tapi ketika dia memandu tiba-tiba matanya tertangkap sebuah kereta tersadai di tepi jalan. Dia kenal benar dengan gadis yang bermuka masam menendang-nendang tayar keretanya yang kempis. Danny tertawa kecil melihat gelagat gadis itu. Kelihatan mulut comel itu terkumat-kamit memarahi tayar keretanya. Danny segera berhenti tak jauh di depan kereta Mira. Mira terpegun seketika melihat lelaki yang keluar dari kereta di depannya.

“Cik Mira.. kenapa?” Sudah gerahu cendana pula. Tapi Mira bersyukur Danny datang sebagai superhero kali ini. Mira tunjuk ke arah tayar yang kempis.


“entah.. pancit pula..” Sekalipun dia kurang berkenan dengan Danny tapi dia tak akan menolak pertolongan lelaki itu kali ini. Dia tak pernah menukar tayar kereta.


“Memang jodoh kita agaknya.. mari saya tolong..” Danny tergelak kecil dan menyinsing lengan bajunya.


“Terima kasih..” kata Mira berpura-pura tidak mendengar kata-kata tentang jodoh itu. Mira hanya memerhatikan Danny hingga Danny siap menukar tayarnya.


“ Jadi.. Cik Mira telah berhutang satu kali keluar minum dengan saya..” Kata Danny dengan mempamerkan senyuman yang biasanya senjata ampuh mencairkan hati gadis-gadis. Mira balas senyuman itu ala kadar. Kalau sudah terhutang budi kenalah dia buat macam orang yang mengenang budi.


“er.. sudah tentu boleh..” katanya mahu tak mahu. Danny tersenyum puas. Senyumannya bertambah lebar. Merpati yang liar itu pasti akan dapat di jinakkannya. Ah! Hati perempuan kan macam kerak nasi. Rendam sikit dengan air nantinya lembutlah tu. Jadi biar dia siram Mira yang degil itu hingga basah.. hingga tunduk padanya!


****

“Hai.. Mira. Dulu bukan main kau kata tak suka dengan Danny. Tapi lepas balik dating dengan dia tempoh hari. Siang malam kau bergayut dengan dia.. kau biar betul Mira. Pisang tu tak pernahnya berbuah dua kali.. jangan pula kau nak buat pisang berbuah dua kali atau kau ni pelanduk yang lupakan jerat” Shila menegur tindak tanduk Mira yang kini berubah laku. Shila kenal Danny. Dia tahu Danny pun buaya darat yang bermulut manis macam Danial. Shila tak mahu kawannya itu dipermainkan lagi. Mira hanya tersengih-sengih mendengar teguran Shila.


“Jangan risau Ila.. pisang tak akan berbuah dua kali. Malah pokok pisang kali ini mungkin tak akan berbuah selamanya ha ha..” Balas Mira sambil ketawa.

“ Kau biar betul Mira.. aku cakap serius ni!” Marah Shila. Menyampah dengan gelak Mira yang mengajuk kata-katanya. Dia caring ni tahu.. caring!!

“Aku pun serius juga ni beb!” Sahut Mira lagi. Dengan senyuman manis berbunga.
“ Oh.. jadi kau serius nak bersama si Danny tu.. okeh! Aku tau dia masih single. Tak ada yang punya.. tapi aku kenal benar dengan budak tu.. dia single bukan sebab dia tak laku.. dia tu memang hot stuff! Cumanya dia single sebab dia tak mahu jatuhkan sahamnya.. dia nak kumpul koleksi peminat.. susah sangat ke kau nak faham. Hari ni dia keluar dengan kau.. esok dia keluar dengan Nadia.. lusa pula dengan Jane.. hah! Apa semua tu? Semuanya teman tapi mesra.. jangan sampai nanti kau yang makan hati.. aku warning awal-awal ni tau!” Panjang sekali hujah Shila. Mira tergelak.


“ Ah.. Shila, mungkin juga pelanduk lupakan jerat..Dan jerat tak pernah lupa pada pelanduk, tapi Shila.. kali ini bukan aku pelanduknya! Hahaha..” Mira lagi ketawa. Moodnya benar-benar baik selepas berbual ditelefon dengan Danny tadi.

“ Jerat apanya.. ceh! Aku yang sakit hati tengok kau terhengeh-hengeh masak nasi lemak untuk Danny.. ha! Tu baju panas yang kau kait tu untuk Danny jugalah tu? Apa kau ingat kita ni tinggal di korea ke kau nak hadiahkan dia baju panas?” Geram Shila lagi. Shila rasa penyakit angau Mira sudah berada ditahap bahaya. Perlu di ubat cepat-cepat. Takut bertambah parah.

“ Shila.. terima kasih sebab sayang aku. Caring dengan aku.. aku tahu kau tak mahu lihat aku terluka.. tapi kali ini saja. Tolonglah percaya.. percaya dengan aku ok?” Mira mendekat. Mengengam tangan Shila menyakinkan. Shila hanya mampu menghembus nafas berat. Tak terdaya menyedarkan Mira.

*****


Danny terharu. Mira hadiahkannya sehelai baju panas yang dikaitnya sendiri. Misinya menjinakkan Mira ternyata berjaya. Dan Gadis itu bukan saja jinak kini tetapi menakjubkan hebatnya. Mira selalu buat kejutan. Dengan hadiah.. atau nasi lemak masakan sendiri- nasi lemak kegemarannya… atau aktiviti menarik yang di luar dugaannya. Terlalu menawan hati hingga Danny rasa sudah sampai masanya untuk menamatkan status singlenya. Mira mengalahkan Nadia, Jane mahupun Qistina yang cantik macam model iklan itu. Mira pastinya gadis yang paling ideal untuknya. Setia, hormat dan penuh kasih sayang. Lemah lembut serta pandai mengambil hati. Suara Mira yang lunak dengan tawa yang gemersik selalu membuat tidurnya lebih indah. Bermimpikan Mira.

“Mira.. aku dan Nadia tak ada apa-apa. Jane cuma kawan biasa.. dan Qistina tu kawan sekolejku dulu.. aku tak mahu kau salah faham” Kata Danny memberitahu. Mira tak pernah cemburu pun dengan gadis-gadis tu semua. Cuma Danny saja yang tidak senang hati kalau tidak menjelaskan hal itu dengan Mira. Baginya perasaan Mira yang paling penting kini. Hanya Mira.

“ Eh.. kenapa pula aku salah faham. Aku tahu.. kau memang friendly. Kau kawan dengan semua orang..” Kata Mira sambil tersenyum lembut mencairkan hati Danny. Danny lega. Rasanya dia tak perlu bermadah pujangga pada Mira. Tentu Mira sudah tahu isihatinya. Tentu Mira sudah tahu yang Miralah pilihan hatinya kini. Bukan Nadia, bukan Jane mahupun Qistina.

“ Mira.. aku nak masuk meminang kau.. bulan depan?” Kata Danny tiba-tiba. Mira terpegun dan kemudiannya menutup mulut tidak percaya. Dia kemudiannya tersenyum tersipu-sipu dengan muka yang merona merah. Danny tergelak dan mencuit pipi Mira.


“Diam tandanya okey kan?” Tanya Danny lagi. Mira tidak menyahut. Cuma tunduk tersipu. Danny bersiul-siul gembira. Akhirnya hatinya yang dulu ragu-ragu untuk memilih kesayangan kini yakin. Bukan Nadia tak cantik, Bukan jane tidak mengoda.. bukan juga Qistina tidak mengancam. Cuma hatinya telah terkena panahan asmara pada Mira. Ya.. Mira Kirana.


*****
Mira ketawa. Hatinya bersorak gembira. Sebulan lagi Danny akan menghantar rombongan meminang. Apa yang di hajati sudah pun menjadi kenyataan. Tak sia-sia usahanya selama ini!
Sebulan kemudian..

“Mira Kirana.. Apa semua ni?” Tanya Danny dengan sinar mata yang terluka. Terasa dirinya dipermainkan. Diperbodohkan.

Kejutan?

“ Aku tak pernah cintakan kau Danny.. sebab itu aku tolak pinangan kau! Aku cuma rasa.. lelaki macam kau ni suka gumpul koleksi peminat.. koleksi gadis. Aku tahu kau dekati aku pun sebab kau nak test power saja. Aku terdengar perbualan kau dengan Syazril sehari sebelum kali pertama kita keluar. Aku dengar kau bertaruh nak tundukkan aku.. kau kata aku ni kacang aja! Jadi.. aku rasa tentu kacang je bagi kau kalau aku tolak pinangan kau.. masih ramai yang lain menantimu di luar sana.. kan?” Penjelasan yang menikam-nikam hati Danny. Benar mulanya dia hanya berniat untuk menjinakkan Mira. Benar dia cuma nak test power sebab dia geram dengan lagak sombong dan angkuh Mira. Jual mahal. Tapi.. akhirnya hatinya terpaut kasih. Kejam sungguh Mira menghukumnya seperti ini!

“ Kau kejam Mira.. Benar mulanya aku cuma nak buat kau suka pada aku. Nak kau jatuh cinta pada aku.. tapi akhirnya aku yang jatuh cinta pada kau!” Kata Danny lemah. Terasa seluruh kekuatannya hilang. Semua keegoannya telah lenyap. Di lanyak semahunya oleh Mira.


“ Danny.. cinta itu kejam! Terima lah hakikat itu..” Mira berlalu. Hatinya puas. Sungguh puas. Dia bukan lagi pelanduk kali ini. Tapi dialah jerat. Jadi hati Danny sudah masuk dalam jeratnya. Tangannya terasa dipagut Danny. Mira terhenti.


“ Apa lagi Danny?” Marahnya menahan sabar.

“ Mira.. aku memang bersalah. Aku akur dengan hukuman ini.. tapi aku tetap cintakan kau.. kau ingat tu. Aku tetap cintakan kau walau apa pun..” Mira tersentak, kemudian tertawa.

“ Sudah.. lakonan itu tak laku di sini. Aku nak balik..” Kata Mira berpura-pura tidak melihat air yang bergenang di bibir mata Danny. Jadi benarlah Danny cintakan dia! Bagus.. puas hati Mira. Danny melepaskan tangan Mira perlahan-lahan. Hatinya hancur luluh. Dan Mira terus melangkah tanpa menoleh lagi. Dia sudah menang.. benar-benar menang!

*****
“ Kau ni kan Mira.. kejam! Bukan main kau berkepit dengan dia selama ini. Bila dia hantar pinangan kau tolak pula mentah-mentah.. kau main permainan apa ni Mira?” Marah Shila. Mira tersengih.


“ Aku cuma nak buktikan kat kau dan Danny.. cinta itu kejam. Cinta tak indah pun..” Kata Mira selamba.


“ Aku dah bersyukur banyak-banyak bila akhirnya Danny serius dengan kau. Bila dia pinang kau! Aku ni tak henti-henti berdoa supaya Danny tak mainkan hati kau. Hari-hari aku mohon kat tuhan supaya kau bahagia dengan dia.. tapi kau pula yang mainkan hati dia. Kau pula yang buat dajal.. aku kecewalah dengan kau ni Mira” Kata Shila geram. Mira terharu. Segera di peluknya Shila dari belakang.


“ Maaf.. Aku tahu kau sayangkan aku.. aku tahu..” Airmata Mira menitik. Shila terlalu baik padanya. Shila memang teman sejati. Tak terbalas olehnya.


“ Jadi kalau tahu.. aku rasa kau patut tahu apa yang perlu kau buat..” Kata Shila tenang. Merenggangkan pelukan Mira dan menghadap gadis itu. Menatapnya.


“A.. apa patut aku buat?” tanya Mira bingung. Shila mengangguk.


“Kau tahu kan.. apa patut kau buat?” ulang Shila.


“ Aku akan minta maaf dengan Danny.. aku janji akan buat begitu..” Kata Mira kemudian. Malam itu Mira gelisah. Bayangan wajah Danny yang terluka menghantui fikirannya. Tergiang-giang kata-kata Danny…


“Aku tetap cintakan kau Mira..” Dada Mira berdebar aneh bila teringat ungkapan itu. Dia gemuruh. Semua yang dilakukannya selama ini hanyalah palsu. Dia sengaja menjerat hati Danny agar luruh ke dalam gengamannya hanya untuk menikmati saat-saat kemenangan ini. Tapi kenapa kemenangan ini terasa menyakitkan. Lebih-lebih lagi bila mengimbas riak wajah luka dan genangan airmata yang tertahan di bibir mata Danny tadi. Begitu perit untuk Mira mempercayai yang Danny benar-benar terluka dan benar-benar cintakannya. Mira mengeluh.. adakah kesungguhannya menciptakan kepalsuan cinta itu telah menjerat dirinya sendiri? Mira terus memaksa matanya untuk tidur.. enggan menjawab debaran aneh yang menyiksakan itu!


*****
Bunyi tone mesej tak henti-henti memekak. Danny dengan malas bangun dan mencapai handsetnya. Baju panas yang di hadiahkan oleh Mira telah pun di lemparkan ke atas lantai. Palsu.. semua itu palsu. Tentu baju panas itu bukan di kaitnya sendiri. Tentu baju panas itu di beli Mira di mana-mana. Tapi hati Danny semakin terhiris bila mengingatkan hal itu…


“ Nah.. untuk kamu..” Mira menyerahkan baju panas itu padanya suatu petang dulu. Danny tersengih gembira.


“ Mira kait sendiri tau.. khas untuk kamu.. terharu tak?” Kata Mira lagi. Dengan senyuman suci bak bidadari.


“yeke?.. wow hebatnya.. sejak bila pandai mengait ni?”


“ Sejak kenal Danny..” Tawanya gemersik. Pipinya mula merona merah.


“ Betul ke ni.. terharunya!” Danny membelek-belek baju panas itu. Kaitannya tak sekemas mana tapi Danny tahu ada kasih sayang dalam setiap kaitan itu. Danny tersentuh. Tak pernah ada orang yang berikan kasih sayang seperti itu padanya.


“ Betul la, takan tak betul pula. Rugilah Mira kalau Danny tak terharu.. tengok!” Kata Mira sambil menunjukkan jarinya yang luka-luka terkena jarum. Banyak..


“ Alamak.. sampai macam tu sekali. Terima kasih Mira. Danny rasa sungguh bertuah dapat baju panas ini.. inilah hadiah paling hebat yang saya pernah terima..” Dan akhirnya kini Danny tahu, bukan kasih-sayang yang terjalin dalam setiap kaitan benang baju panas itu. Bukan! Dalam setiap kaitan benang itu rupanya ada API dendam yang tak kunjung padam dalam hati Mira padanya. Ah.. kejam kau Mira. Kejam!
Terhiris
Tapi Danny sedar. Dialah puncanya. Dialah yang memulakan permainan test power pikat memikat. Tak sangka akhirnya makan diri. Sangkanya Mira kerak nasi.. rupanya Mira batu karang yang kukuh dilautan dalam!


“ Yang kau termenung pegang handfon tapi tak baca mesej tu kenapa Danny?” Marah Syazril. Kawan serumahnya. Sejak di tolak pinangan oleh Mira, Syazril lihat Danny sudah macam orang sasau. Putus harapan. Danny tersedar. Dia segera membuka mesej yang di hantar padanya.

‘Aku nak jumpa kau sekarang. Aku nak kembalikan cincin yang kau bagi kat aku tu pada kau’ –Mira

Sekali lagi hati Danny terluka. Bagaikan luka yang dicurahkan air garam. Dia tersayat kesakitan. Danny segera membalas mesej itu.

‘Tak payahlah Mira. Kalau kau tak mahu.. kau buang saja cincin itu’-Danny

Danny menghembus nafas berat. Kalau berjumpa dengan Mira lagi, dia tidak fikir yang dia cukup kuat untuk tidak menangis kali ini. Hatinya terlalu terluka. Pahit sekali bila kenangan indah yang Mira berikan padanya ternyata palsu semuanya. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu depan rumah mereka. Kedengaran Syazril membuka pintu dan bercakap dengan seseorang.


“ Dan.. Mira di luar. Dia datang jumpa kau!” jerit Syazril padanya. Danny tersentak. Mira??


“ Kenapa kau datang Mira.. kau boleh buang saja cincin tu.. aku tak kisah. Aku tahu semua ini dari kesilapanku sendiri.. tapi aku benar-benar sayangkan kau sekarang dan aku kira hukuman ini terlalu menyakitkan. Sesuai seperti yang kau mahukan kan? Kesakitan ini yang kau ingin aku rasakan.. kan?” Kata Danny sambil memandang Mira yang berdiri di muka pintu.


“Danny.. aku minta maaf. Aku kejam. Aku rasa aku keterlaluan. Aku rasa bersalah dan berdosa.. walaupun kau pun salah juga. Tapi aku telah melampau.. tentu mak kau bencikan aku kan?” Kata Mira dengan suara resah. Danny angkat bahu. Memang maknya marah dan tak henti-henti berleter.


“Aku maafkan kau.. Cuma aku tak boleh maafkan diri sendiri.. Padan muka aku!” Kata Danny kemudian. Menghela nafas berat.


“Danny…” Kata Mira dengan suara bergetar. Danny menatap Mira bila menyedari nada suara Mira yang kedengaran goyah.


“ Aku tak boleh tidur.. aku tak tenang.. aku nampak wajahmu di mana-mana. Macam hantu yang menghantuiku.. memburuku.. macam bayang-bayang. Sebab tu aku datang.. aku nak mohon ampun maaf dengan kau atas apa yang telah aku buat..” Mira tertunduk. Hati Danny rasa terhiris. Mira memohon maaf padanya tapi langsung tidak memberikannya sedikit cinta. Itu lebih kejam sebenarnya.


“ Mira.. aku maafkan kau. Sungguh.. tapi bolehkah berikan aku sedikit cinta.. tolonglah. Aku tak boleh hidup tanpa kamu.. aku dah jadi gila bila fikirkan yang kau tak pernah cintai aku.. Aku rayu kau Mira.. berikan aku cintamu” Tanpa sedar airmatanya mengalir. Laju. Tak terkawal. Cis! Dia tak mahu Mira melihat itu. Pantas Danny mengesat airmata lelakinya. Danny tak kisah untuk merayu.


please.. say you love me. ewah!
“ Kalau begitu.. kau kena pinang aku sekali lagi. Sebab rasanya kali ini.. aku pun tak boleh hidup tanpa kau Danny.. aku tak pernah tahu yang dalam hatiku ada rindu untukmu.. aku tak sedar selama ini cintaku sudah lama jadi milikmu.. hinggalah bila aku lukakan hatimu.. barulah aku tahu yang aku cintaimu sebegitu dalam.. barulah aku tahu yang hati aku ini sebenarnya ada kamu..” kata Mira , suaranya bergetar dan hampir saja Danny tumbang mendengarnya.. Danny teringat pada baju panas yang sudah di lemparnya ke tong sampah di biliknya. Dalam hatinya.. dia akan kutip semula baju panas itu seperti dia mengutip serpihan hatinya yang berkecai dan kini tercantum semula.. sembuh serta merta.


“ Mira.. cinta itu sangat indah.. kerana kau kenalkan aku apa itu cinta..” bisik Danny hampir tidak kedengaran. Cinta itu indah? Oh.. pasti indah kalau kena gayanya..


Habis!

***

*Borak penulis yang banyak hutang : Doa Shila telah dimakbulkan. Hebat kan kuasa doa? aku cuba nak ketengahkan kasih sayang dalam persahabatan.. er. aku nak sorang kawan macam Shila..
pssst.. Adie Achim. Aku ilhamkan dari lagu kehilangan-Firman itu.

17 comments:

reenapple said...

yeah... ! hutang telah dilaksankana.. liabiliti kau berkurang.. kekekek.

nice.. =).

Last2 Mira jatuh cinta juga bukan... itulah.. mahu balas dendam tapi mangsanya ialah dirinya bukan Danny.. kekeke.

Ah.. aku suka ini.. heee

reenapple said...

oh oh.. aku nampak nama Syazril di situ.. kekkee. =D

Adie Achim said...

bravo!!! best! Hebatlah ko nie. Ok got to go. Sempat baca sebelum ke opis! (dah lamnbat :)

Telor Power said...

mira...mira...mira....

cinta itu indah lah sebenarnya.

Iffah Afeefah said...

spt biase ko berjaya buat aku percaya cinta itu indah

siyes xsgke mira nk bls dndam je sbnrnye

Anonymous said...

asal nama aku je dendam..
ai la..
btw nice story NA.. =]

-APi-

LiTtLe^m3 said...

Hmm... Syiok bah cerpen ko ni. Teruskan berkarya!

fRaMe+LenSeS said...

pehpehpehpehpeh..
canggih la cerita ni kak. ai like. like like ketat2. best sgt. ahaha. oo balas dendam ye, last2 dendam jadi chenta. auwww.. :D

EZAD AMIR said...

Aku rasa nk bchenta lepas bce cerpen ko ni...
(=.=')

Naniey TJ said...

hohohoho.... ske2....
trskan bekarya

Nong Andy said...

reenapple,

heeeee... liabiliti aku kurang sikit. tolong jgn tambah ye hehehe..

ah.. aku menyampah dgn mira tu. apasal nak jatuh cinta pula... cis!! hehe..

aku suka nama Syazril ko tu. jadi aku pinjam ekekeke..

***********

Adie,
ha.. aku patut masukkan lagu tu dlm blog ni baru tambah feel hehehe.. bagus cadangan kau :)

**********

Telor Power,
hehehe.. layan citer jiwang kejap :)
cinta memang indah kalau kena gayanya :)

*********

Iffah,
actualy aku mcm x puas hati dgn ending dia. tak sweet mcm kispen kau :)

*********

APi,

alah.. sorry. tak sengaja. Nanti aku buat kisah API CINTA la pula hehehe.. Thanks baca n komen :)

******

LiTtleM3,
ha.. aku memang perasan yg aku ni penulis kunun ekekeke.. thanks dear.

*******

Nadh,
ala.. malu la akak hehehe.. akak punya xde versi islamik :( cintan cintun biasa jer :)

********

Ezad Amir,

ewah.. berchenta konon.. sila buat kispen cinta kalau begitu :)

*********

Naniey TJ

thanks dtg baca dan komen. Aku main belasah jer tulis ni :)

CikUna said...

haha.. 1st time terjah sini... btw suke sangat2 cerpen2 nie.. credit to Iffah Afeefah.. yeay!!

Nong Andy said...

Cik Una,

thanks jengguk sini. ala karya yang biasa-biasa aja :)

marcella said...

ahh..patut la mira yakin je masa shila beri nasihat..mira dah tau agenda danny rupanya..


kuasa cinta..akhirnya mira menjinakkan buaya darat, yang danny bisa melentur kembali rasa cinta yang indah buat mira..


cinta itu indah??aku belum ketemu lagi..hehehehe

Adylia Qarissa said...

huhuuu...panjangnya cerita ;0

Nong Andy said...

marcella,

aku harap kau ketemu cepat hehe..

*thanks dtg sini n komen :)

********

Adylia Qarissa

haha.. memang panjang. sebab tu namakan cerpang..

Cik Tia said...

benarkah cinta itu indah? :(