MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Sunday, May 27, 2012

Cerpang : Cinta Ulat Buku

Salam. Bismilah

Para pembaca yang di hargai. Aku sudah ketagih menulis cerpen tetapi aku terasa kaku pula menulisnya. Bagaimana pun jom layan cerpang yang sengal ini hehehe.... sesengal penulisnya barangkali :p


Aku bukannya sengaja nak jadi ulat buku. Dulu… aku tak la minat sangat membaca. Kalau baca buku aku cepat mengantuk. Letih la tengok semua patah perkataan yang belum tentu lagi aku fahami. Tapi suatu hari, sekeping hatiku yang masih perawan ini telah dinodai oleh sejenis perasaan aneh. Orang yang menganugerahkan perasaan aneh itu adalah senior kolejku yang mukanya kacak macam Robert Patison. Alkisahnya aku telah terkutip dompatnya yang tercicir. Dan dengan kejujuran yang ada aku telah memulangkan dompet yang banyak isi duitnya itu kepada pemiliknya.



“ Terima kasih, adik siapa nama ye? Jujur dan baik lah adik ni. Abang ingat abang tak akan dapat jumpa lagi dengan dompet ni..” Satu senyuman yang maha menawan ketika itu telah membuatkan dadaku berdegup kencang. Aku fikir aku telah terkena sakit jantung. Dia tak tahu yang aku sudah geledah semua isi perut dompetnya itu. Aku teringat gambar dia bersama seorang gadis cantik di dalam dompetnya itu. Tentu itu teman wanitanya. Entah kenapa bila teringat wajah cantik dalam dompetnya itu hatiku terasa kecewa. Benar-benar kecewa.. kecewa yang aku tak mahu fahami.


“Saya.. saya Neera” Hampir tergagap. Mataku terasa silau oleh ‘kekacakan’ lelaki itu. Dan selepas itu aku asyik terpandang senyuman abang senior yang bernama Ariman itu di mana-mana. Bayangan senyumannya yang menawan itu berlegar-legar di ruang mataku. Hampir aku lemas di buatnya. Ah.. Begitu mudahnya aku terkena penyakit berbahaya ini? Gila… Dan tanpa dapat mengawal diri aku mula kemaruk memerhatikannya. Merenungnya dari jauh. Memerhatikan semua gerak lakunya tanpa di sedarinya. Stalker? Hehe.. aku peduli apa! Kalau dia boleh curi hatiku hanya dengan senyumannya, kenapa pula aku berdosa menjadi stalker. Bukankah dialah pesalah utama yang menjadi punca semua tindak tanduk gilaku ini..


“Neera.. kau masih di bumi?” Adam mengejutkanku. Aku sedikit tersentak.


“ Apahal?” Tanyaku jengkel.


“ Pinjam motor kau.. motor aku pancit..” Mahu tak mahu aku serahkan kunci motor pada Adam. Siapa Adam? Dia ni kiranya kembar aku. Sebab di mana ada aku, di sana ada Adam. Aku bukan nak sangat jadi kembar dia, Kami sebenarnya berjiran saja. Tapi sedari kecil aku hidup dengan ayahku saja. Ayah selalu bertugas di luar daerah. Maka Adam dan keluarganya lah yang tolong menjagaku. Dan kerana itu aku rapat dengan Adam hingga kami jadi macam pasangan kembar. Selalu bersama ke mana saja.



“ Kau asyik tengok Ariman, emn?” Tanya Adam tiba-tiba. Aku tergugup. Ketara sangat ke?


“ Eh.. tak adalah” Dalihku.


“ Kau jangan tipu. Orang lain kau boleh tipu. Tapi aku tak payah..” Dia tergelak hingga rasanya muka aku di serbu bahang panas.


“Ariman tu orang berada tau. Dia tu pemilik perpustakaan persendirian di Bandar ni. Pustaka Biru. Alah tempat kita lepak buat assignment dulu tu. Itu dia punya tau!” Aku terkedu.


“ Masih muda lagi sudah ada perpustakaan sendiri?” Tanyaku hairan.


“ Bukan setakat perpustakaan, Dia ada beberapa buah kedai buku juga. Dia tu asalnya anak orang kaya. Tapi mak bapak dia dah kemalangan 3 tahun yang lepas. Jadi semua harta dah jadi milik dia seorang. Bolehlah di katakan he have everything but also nothing Aku tersentuh. Kisahnya tak banyak bezanya dengan aku dan ayah. Dalam dunia ni aku hanya ada ayah dan begitu juga sebaliknya. Bezanya aku masih ada Ayah dan dia pula tiada sesiapa pun. Dan dia kaya manakala aku langsung tidak. Kerana ayah sibuk mencari duit untuk menampung hidup kami berdua, ayah selalu tiada bersamaku. Mujurlah ada Adam dan keluarganya ada, tempat kami menumpang kasih.


Dan di suatu petang yang nyaman aku ke Pustaka Biru. Aku terpandang Ariman di suatu sudut. Dia kusyuk dengan bukunya. Dia si ulat buku yang sungguh memikat hatiku. Sepanjang aku memerhatikannya, Ariman tidak pernah keluar dengan mana-mana gadis. Pasti dia seorang yang setia. Cintanya hanya pada gadis yang ada dalam gambar itu. Sudah tentu! Ah.. tiba-tiba hatiku digigit cemburu. Cemburu itu tanda sayang kata orang. Tapi bolehkah rasa sayang itu datang dengan hanya tergoda pada senyuman Abang senior yang menawan itu? Gila.. kalau ini cinta pandang pertama aku rasa ia benar-benar berlaku padaku! Sekali pun aku tak pernah percaya wujudnya cinta pandang pertama, tapi bila ia telah mengena batang hidungku, aku terpaksa akur!Ketika hendak keluar dari situ aku terpandang iklan.


Pekerja sambilan di perlukan.


*Pembantu perpustakaan


*Masa Kerja : 9pagi-9 malam


*Hari: Sabtu dan Ahad sahaja.


Aku tersenyum lebar dan masuk kembali. Biarlah Ariman sudah ada gadis pilihan hati. Tak mengapa. Aku cuma mahu melihat wajahnya selalu. Sebab hatiku teruja setiap kali jantungku berdebar aneh saat terpandangnya!!


******


Hari pertama kerja aku langsung tidak melihat Ariman. Hampa. Aku kira dengan jadi pekerja sambilan di pustaka Biru, peluang untuk melihatnya lebih cerah. Malangnya itu hanyalah imaginasiku saja.


“Cik Neera.. hai!” Seorang gadis menyapaku. Darahku hampir tersirap. Gadis dalam dompet Ariman.


“ Kamu.. start kerja hari ni kan? Meh.. saya terang sikit apa yang perlu kamu buat.. meh ikut saya.. bla..bla..bla..” Aku mengekori gadis yang ku kira amat sepadan dengan Ariman. Cinta itu buta? Ah.. mungkin benar kata orang. Cinta itu buta.. kalau tidak masakan aku jatuh cinta pada kekasih orang.Kalau tidak tentu aku tak sebodoh ini dengan idea gila seperti ini. Aku dah sah kalah teruk dengan gadis cantik bertubuh langsing ini-kalaulah aku ingin bersaing dengannya untuk merebut hati Ariman. Si gadis ini cantik bukan saja dalam gambar yang ku lihat di dompet Ariman. Dia lebih cantik dari dalam gambar itu. Patutlah selama ini aku tak pernah melihat Ariman keluar dengan mana-mana gadis, rupanya dia bertapa di Pustaka Biru ini bersama gadis cantik itu. Akhirnya kerana idea gila ini, aku telah berkerja tanpa nafsu di Pustaka Biru. Saban hari meratah hatiku sendiri melihat Ariman dan gadis itu.


Hinggalah aku bertemu sebuah buku yang amat menarik hatiku. Tajuknya : Selagi Bersama Kamu . Ia kisah yang mirip kisahku dengan ayah. Aku tersentuh dengan tulisan pengarang itu. Ia kisah hidup lelaki yang miskin tetapi kaya dengan kasih sayang keluarganya. Betapa pun keluarganya terlalu teringin untuk hidup mewah, akhirnya kemewahan tidak menjanjikan bahagia kerana akhirnya mereka bersengketa kerana harta. Mujurlah penghujung kisahnya membuat aku menarik nafas lega. Mereka akhirnya menyedari kekayaan yang sebenar adalah bila mereka saling menyayangi. Aku menitiskan air mata gembira bila membaca happy ending buku itu. Aku teringat ayahku. Terasa rindu mengigit tangkai hatiku. Ayah sudah satu minggu kerja luar Daerah. Alangkah baiknya kalau ayah luangkan sedikit masanya bercuti dan buat aktiviti gembira bersama. Kalaulah ayah ada masa untukku! hatiku tersayat pedih.


“ Saya juga suka buku itu.. Cik Neera!” Sapaan Ariman membuat aku malu. Airmata yang masih tersisa ku kesat sepantasnya.


“Er..er.. Saya..” Aku tergagap.


“ Maaf.. saya mengejutkan kamu ke?” Dia memberikan senyuman ‘membunuh’nya lagi. Oh.. tuhan! Aku tak tahu di mana jantung ku saat ini. Adakah ia masih berdegup di dadaku ini?


“Er.. tak! Bukan begitu.. saya suka buku ini. Menyentuh perasaan” Kataku menahan malu.


“ Saya tahu.. sebab itu saya bawa tisu..” Ariman menghulurkan tisu padaku. Oh tuhan.. sudah berapa lama dia memerhatikan aku tersedu-sedu membaca buku itu. Aku menyambut tisu itu dengan tersipu-sipu dan Ariman hanya tergelak lantas berlalu. Kebelakangan ini Ariman kerap lepak di Pustaka Biru. Sambil bergurau senda dengan Risa kekasihnya. Aku tetap juga memerhatikan gelagat mereka sekalipun hatiku terasa tidak menentu. Esoknya Ariman datang ke arahku. Tak ku duga dia menyerahkan beberapa buku padaku. Aku terpegun.


“ Buku-buku ini semuanya hasil penulis yang sama. Saya yakin kamu juga akan sukakannya..” Kata Ariman padaku.


“ Penulis yang sama?” Tanyaku sambil menatap salah satu buku itu. Mayang Setia? Oh.. aku hanya membaca buku itu tanpa cuba mengingat siapa penulisnya.


“ Yup.. kamu patut baca bukunya yang lain..” Kata Ariman lagi. Aku tak sangka Ariman adalah majikan yang baik hati. Ah! aku makin jatuh hati padanya. Dan sejak dari itu aku secara tak sengaja menjadi ulat buku. Aku bukan saja jatuh hati pada Ariman tapi ternyata aku akhirnya jatuh hati pada Pustaka Biru dan semua buku-buku di dalamnya!


*****


“ Adam tu kekasih kamu?” Tanya Risa padaku suatu hari. Ketika kami sama-sama menyusun buku ke atas rak buku. Aku tersengih.


“ Kenapa?” Tanya ku enggan menjawab. Risa seorang yang peramah sebenarnya. Kalau dia bukan kekasih Ariman aku tentu suka menjadi kawannya.


“ Aku tengok kamu asyik bersama. Jadi aku rasa dia kekasih kamu.” Katanya dengan nada yakin.


“ Adam tu jiran aku..” Sahutku ringkas. Melihat aku enggan berterus terang Risa berhenti bertanya. Ariman masuk dan datang menolong kami mengemas buku-buku yang baru sampai.


“ er.. Ari.. tak lama lagi buku terbaru Mayang Setia akan keluar. Tak sabar rasanya..” Kata Risa pada Ariman.


“ Ye.. harap-harap dapat sambutan..” Katanya sambil memandangku. Fuh.. semangat! Kalau saja Risa tak ada di antara kami, mungkin aku dah pengsan kerana terpukau oleh tatapan matanya itu.


“ Saya tengok Neera dah mula kumpul koleksi buku penulis tu..?” Tanya Ariman padaku.


“ Ah.. ya! Sebab kamu yang perkenalkan buku-buku Mayang setia pada saya. Saya rasa tulisannya sungguh sejiwa dengan saya” Lagi-lagi Ariman tersenyum.


“Buku terbaru tu istimewa. Kau mesti dapatkan satu.. tajuknya, Baca ke mataku. ” Kata Ariman padaku. Dan ketika dia menatap ke mataku, aku takut sekali kalaulah dia terbaca isihatiku terhadapnya!


****


“Kau dah cari ke buku yang aku pesan tu?” Tanyaku pada Adam. Pertanyaan yang entah ke berapa kali.


“ Sudah.. tak ada!” Marah Adam kerana desakanku. Aku merunggus.


“ Pasal si Ariman tu kau sibuk cari buku tu merata-rata. Tak lama lagi adalah buku tu keluar di pasaran. Kau ni.. tak sabar betul. Lagi satu kan.. aku hairan betul. Ariman tu dah ada awek.. yang kau masih terhengih-hengih dengan dia tu buat apa..? kamon girl.. setahu aku! kau tak pernah macam ni! Sekarang kau sibuk dengan Pustaka Biru je. Hujung minggu langsung tak ada masa nak pergi joli. Aku nak belanja kau tengok wayang avenger pun kau tolak.. kawan apa la kau ni!” Marah Adam lagi.


“Ala.. aku bukan tak nak. Aku bz la.. aku kan kerja..” Dalihku dengan muka minta kasihan. Rasa bersalah juga. Sejak jatuh hati dengan Ariman kekasih orang itu, aku terlupa pada Adam yang selalu jadi kembarku. Tapi ada baiknya juga, sebab aku rasa kerana kami asyik berkepit jadi tak ada lelaki pernah mengorat aku. Sebab mungkin mereka sangka kami pasangan kekasih!


“Takpelah.. aku faham. Siapalah aku.. Cuma melukut di tepi gantang..” Kata Adam sambil berpaling.


“ Adam..! Kau boleh tak jangan cakap begitu..!” Marahku dengan nada geram. Adam berpaling dan menjelirkan lidahnya padaku lantas terus menghidupkan enjin motosikalnya dan menderum pergi! Dasar penyangak!


“ Adammmm!” pekikku tapi Adam sudah berlalu. Aku tahu Adam bukannya merajuk betul. Selagi dia buat mimik muka menjelir macam tu, dia hanya nak menyakat aku! Tapi aku marah sebab dia lupa yang aku tak bawa motorsikal hari ini dan aku sepatutnya tumpang dia balik rumah. Aku tahu dia saja nak balas dendam.


“Kamu okey?” Suara Ariman dari belakang. Aku menoleh. Dia baru saja menutup Pustaka Biru. Jam sudah 9.30 malam.


“ Kamu gaduh dengan dia ke?” Tanya Ariman dengan nada prihatin. Ah.. sudahlah! Semakin dia buat baik padaku. Semakin aku jauh terjatuh dalam cintaku.


“ Tak ada apa-apa.. saya okey! Saya balik dulu…”


“ Tapi kamu tak ada motorsikal.. kamu nak naik bas ke? Rasanya Bas pun dah tak ada.. Biar saya hantar kamu pulang” Tawaran itu aku tak mahu tolak sebenarnya. Tapi kerana teringat yang dia juga akan hantar Risa pulang, aku lebih rela balik jalan kaki saja!


“ Tak apa.. kejap lagi Adam akan patah balik..” Dalihku lantas melangkah turun. Aku pergi. Tak mahu berlama-lama di sisi Ariman. Berlakon selamba di hadapan orang yang aku suka bukan begitu mudah sebenarnya dan aku tahu aku bukanlah seorang pelakon yang baik. Lebih-lebih lagi aku terpaksa berlakon di depan Risa. Itu amat meresahkan. Baru beberapa minit aku melangkah tiba-tiba rintik hujan mula terasa. Ah.. Jahanam,. Ini semua Adam punya pasal. Aku kalut. Berlari-lari menuju ke perhentian bas.


“ Pon…” Kereta warna biru berhenti betul-betul di depanku. Aku lihat Ariman melambai-lambai padaku. Aku terkedu. Bila aku membalas lambaiannya dan memberi isyarat yang aku okey, dia bertindak keluar dari keretanya dan meredah hujan.


“Jangan degil…” Katanya dan menarik aku masuk ke dalam kenderaannya. Tidak ada Risa di dalam kereta dan aku lega.


“ Risa mana?”


“ Ayahnya datang ambil tadi.. derang ada family dinner.. ah cakap pasal dinner. Saya rasa lapar sangat, jom pergi dinner..” Katanya tanpa memandangku. Tekun memandu.


“ Er.. saya tak lapar..” kataku menolak. Aku terlalu jauh bermain api. Aku takut sudahnya aku terbakar sendiri kerana semakin aku dekat pada Ariman, aku khuatir nantinya aku hanya akan menyiksa diriku sendiri.


“ Jangan bohong.. saya tak nampak Neera makan apa-apa tadi. Kamu sibuk dengan buku saja dari tadi..” Aku terkedu. Dia perhatikan aku???????????? Entah kenapa hatiku berbunga-bunga. Ewah.. aku lupa dia ni kekasih orang!


“ Kamu gaduh dengan dia ke? Mungkin sebab kamu kerja dengan saya.. masa kamu banyak terbuang di Pustaka Biru.. Saya rasa kamu patut luangkan masa dengan dia..” Aku tahu hala tuju kata-kata Ariman. Tentulah tentang Adam. Aku kira Ariman juga menyangka yang aku dan Adam adalah pasangan kekasih. Tapi biarlah.. mungkin lebih baik begitu. Aku hanya memberikan senyuman nipis untuk balasan kata-katanya itu. Kalaulah dia tahu apa yang ada dalam hatiku terhadapnya.. mungkin dia tak akan tumpangkan aku malam ini. Tanpa sedar aku mengeluh perlahan.


“ Kenapa? Kamu mengeluh.. kalau Neera ada masalah saya bersedia mendengar.. ingat, saya bukan saja boleh jadi bos kamu, senior tapi juga boleh jadi telinga yang boleh kamu harapkan..” Kebaikan yang ditunjukkannya hanya akan membunuhku secara perlahan-lahan. Dia tak sepatutnya buat baik denganku, sebab itu akan menjeratku lebih dalam lagi dalam permainan perasaanku sendiri.


“ Tak apa.. aku dan Adam.. tak ada hal yang besar. Kami memang selalu macam ni.. er.. kita nak makan di mana?” Aku ubah topik. Ariman memandang sekilas. Sekali lagi dia tersenyum.


“ Pandainya ubah topik.. ha.. kita makan di promenade café la..” Dan aku mengekori langkahnya dengan perasaan yang cukup bercelaru.


****

Bersambung....

*Jangan marah hehehe... aku masih terkial-kial mencari penamat nya. Reenapple, kalau dulu aku sambung- Benci Itu Cinta, apa kata kau try pula sambung cerpen ini ikut ending kau.. aku tahu kau suka ending yang macam mana hehehee.. :p ada berani? :)

14 comments:

reenapple said...

daaa,,, sekali kau suruh aku sambung... hahhaha.

bagus jugak idea tu.. tehehehehe. errr.. tapi kau dah tahu ending yg bagaimana aku mahu.. tak best.. kekekeke. Bila mahu tamatkan ini?? Aku free sehingga 28hb ini je.. huhuhu

Iffah Afeefah said...

hahaha aku nk smbungannye segera

sile taip lelaju reenapple

#aduh nong spoil la

aku br nk berjiwang

tup2 tamat

ishhh

Lady Windsor said...

Rajin tau u all buat kispen marathon...hehe!

Nong Andy said...

Reenapple,

ko dah pun tamatkannya :)

ala.. best gila la ko punya sambungan sampai aku xde hati nak sambung versi aku ekekekeek...

*********

Iffah,

akakaka.. macam mana? aku asik terbantut idea jer ni.. hish.. makan hati aku baca sambungan si Reenapple :)

********

Lady Windsor,

ala.. derang tu yg byk buat cerpen.. aku ni melukut di tepi gantang jer.. hehehe pinjam ayat si Adam jap!

CikZaitul said...

ohh..inilah permulaan ye.

hehehheh

nong , klu versi nong acane lak ending ye??

Nong Andy said...

Cik Zaitul,

Sambungan si Reenapple gitu punya hebat. tak bernafsu aku nak sambung citer ni hehehe...

best gila sambungan si reenapple :)

CikZaitul said...

tau tape..aku terjatuh cinta lak..
hahahhahhaha

aku bru pas bace version iffah lak :)

Nong Andy said...

Cik Zaitul.

uwaaaa.. aku tak larat nak sambung...

ch000tz axoera ヅ said...

ni lah citernyerkan...kalau dah ulat buku tu.....ibarat ada suara dalam kepala itu sebagai penyuntik idea nak menulis heheh

Nong Andy said...

ch000tz axoera ヅ

ha'ah.. selalu terlintas apa-apa yg mungkin boleh jadi sumber untuk menulis.. tapi tak boleh kalahkan kamu yg punya tangkapan gambar yg seolah-olah bercerita :)

Khairul Antasha said...

huihhhh!!.. paling tak suka bila nak tulis ending.

suka tulisan ini. :D

tanpanamaputeri said...

arha~ suweet cite ni..:DD jap, sambungan yg kak mimi buat mana? baru baca kak ifah punya cite..nak baca kat reen punya cite plak..hehehehe

Nong Andy said...

hehehe.. sambungannya ada.. cari jer dlm blog ni mesti jumpa :)

admin said...

http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!