MY NAKAMA

MY NAKAMA
This is my nakama, We'r looking for one piece around the world...

Sunday, July 15, 2012

Pesta Makan Traditional

Salam. Bismilah

Akhirnya selepas tersalah tempat, aku berjaya juga jumpa tempat Pesta makan tradisional Sabah ni. Mulanya aku tersalah ingat. Ingatkan pesta makanan tradisional tu di Pusat kebudayaan KDCA.

1) ni gambar yang aku google. Aku takde la ambil gambar KDCA tadi!

Bila sampai di sana sunyi je. Aku tanya la kat Aunty yang jual minuman kat tepi bangunan tu.
"Aunty.. dalam ada apa?"
"Wedding ma.." Jawabnya macam malas nak layan
" Aunty.. tau tak mana Pesta Makanan Tradisional?"
" Mana tau.." Katanya dengan nada yang lebih malas nak jawab. Maka aku pun malas nak tanya lagi. Dah dia tarik muka.. Lepas beli 2 biji burger. 4 batang fishball cucuk. Aku dan rakyat jelata ku pun blah( rakyat jelata : Shinta n kazen2nya) 
Last-last aku cari balik banner hari tu. Oh.. kat situ rupanya. Ni lah tak baca betul-betul.. akhirnya sampai juga ke pusat kebudayaan penampang tempat Pesta makanan Tradisi tu. Bukan pesta makan jer yang ada.. international folkdance competition pun ada..

2) Dan.. Ini Lokan. a.. tentu ramai yang tahu kan.. tak malaysia la kalau tak tahu hehe

3) Di antara makanan tradisi, bersungguh budak tu suruh
 haku test sambal ikan bilisnya hehe.. a.. memang betul. Tester memang percuma ekekeke...

4) okeh.. pulut panggang tu RM1.00 satu. Aku beli la Empat.
Mak aih.. punya la pedas. tak ngam bebudak makan. aku pon tak sanggup nak makan.. pedas gila la..

5) Ha.. ni makanan tradisi suku kaum Dusun Tatana dari Kuala Penyu. Jangan tak tahu. Kampung aku Di Kuala Penyu. Tapi tentulah aku bukan Suku Kaum Dusun Tatana hehe.. ah! packet warna hijau yang macam tepung tu adalah Sagu/ambulung.


6) Ulat Pokok Rumbia. Ulat ni boleh dimakan tau. tapi tak ramai yang sanggup makan. haha.. kononnya rasanya lemak dan enak di goreng. Ada juga yang sanggup makan hidup-hidup, just buang kepala dan kunyah... er.. tu mungkin golongan veteran la yang ada berani hehe..Aku? kompom tidak!!

7) Ulat ni tahan di simpan.. tu tempat ia di simpan, batang pokok rumbia. Pokok Rumbia inilah yang di buat Sagu. Atau kami panggil ambulung. Bila ia di bancuh jadi makanan kami panggil Ia Ambuyat. Ha.. Ambuyat aku memang pandai makan.. hahaha. Rupanya? ada la sikit macam gam hehe..

8) Ni pula sambal mambangan. Kalau nak tengok rupa buah mambangan dan pokoknya. Sila terjah entri Telor Dinasor aku. Ayah aku ada tanam pokok Mambangan ni. Jeruk mambangan ni adalah gandingan Ambuyat yang terbaik. Nak makan Ambuyat mesti ada jeruk Mambangan.. baru best!

9) Masakan kampung : Pucuk Ubi

10) Batang keladi, Ikan masak Hampap dan Rebung

11) Itu bukan Lokan. Tetapi kami panggil Kunau. Ia bukan di paya bakau tapi boleh di dapati di pantai. Tapi bukan Remis tau.. yang siput tu.. memang siput bakaulah rasanya hehehe..

11) Manuk Mangga, MANUK = AYAM

12) Daging kering bukan sebarang daging.
Itu Daging kering Buaya ya..

13)

14) Boleh try katanya.
aku pun tanya
" Ni daging buaya kan..?"
Dia angguk
"Buaya halal ke tak?"
er... dia tak boleh jawab. hehe..

15)

16) bergelas-gelas Shinta dan kezen-kazennya men'test' minuman koko ni hehehe..

17)

18)
"Daging apa tu?" tanyaku
" Ni Daging masakan tradisi.. lebih kurang macam rendang" Katanya tak jawab soalanku.
"Okey.. tapi daging apa tu?" Tanyaku sekali lagi
"Sepatutnya, masakan ni masak dengan daging Payau. Tapi Payau susah nak dapat lagi pun binatang terpelihara, jadi tu daging Lembu.." ah.. akhirnya aku dapat jawapan juga! Daging lembu lah..
ah.. yang ni aku ada beli. Rasanya.. erm. boleh tahan la. macam rendang.. er... macam serunding pun ada.
(PAYAU = RUSA!)

19) Satu tray ni RM15.00, Lokan pangang!

20)

21)

 22) Lokan pangang ni memang best. rasa-rasa nak buat Lokan pangang juga nanti hehe..

*****

* Bebelan Nong Andy : ah.. tamat di sini dulu. Sebenarnya bukan setakat makanan tradisional yang ada.. ada macam-macam lagi. Tapi itu aku cerita nanti.. :D

12 comments:

paripariputih said...

Uina Nong aku baru nak usah2 makanan ko yg sedap2 tu, sekli bila nampak gambar x leh blah (ulat) terus bah ilang selera aku :p hu3 sorryle datin sri aku baru dpt menyinggah blog ko ni ok papai ^_^

Encik Zaharin said...

Nong..lokan tu sedap wooo,memang betul dibakar /panggang mcm tu saje sedap,ada juga di buat sambal.Di kota Tinggi ni banyak di kawasan Telok Sengat..tapi aku x boleh makan banyak nt sakit peruttt

reenapple said...

fuhhh.. selamat aku dah isi perut aku dengan bihun goreng dan nasi kerabu ayam bakar... ahahaha. Tak dela meleleh air liur aku.. ahaha.

dowh... ada juga daging buaya.. huuu.

Nong Andy said...

Datin pari-pari,

ekekeke.. Ulat kan. haha. ya makanan pelik. Tapi serius kena makan haha.. dalam jauh nun di sana menyempat juga BW ya Datin PPP :D

********

Encik Zaharin,
haha.. aku suka makan Lokan.. Oh! ada juga kat sana ya.. sedap kan?? ah.. memang tak sesuai makan banyak bagi yg perut sensetif 9aku salah sorang haha)

******

wah reenapple, 2 jenis makanan sekali baham.. hebat!! hehe..

yep! ada daging boya!! hehe..

Telor Power said...

gila ah,,,,kita sebangsa la aku juga orang dusun


makanan tradisi yg boleh makan tu mcm nak try jer..

ஜ miss klanika ஜ said...

pesta makan-makan . bila la negeri kat sebelah sini nak buat cenggitu jugak .

LiTtLe^m3 said...

Wahh rugi aku melepas!!

yana halim said...

daging buaya??? ulat??? matik selero den...huhu..

Adie Achim said...

Walaupun isteri kaum bisaya dan makanan favoritenya sagu - ambuyat. Saya tetap nda boleh terima makanan tu masuk ke mulut. Berabis sdh cuba tapi x dpt juga nie!

Iffah Afeefah said...

Part dgg buaya ngn lembu kelaka

hahaha

leakedknowledge said...

yg pic #15 tu apa? xdak description lak pulak kt bwh die..hehe. dh nmpak mcm biskut pulut kering putih..memandai jer ak bg nama.haha.

err, dging buaya mmg xhalal ker??

Nong Andy said...

Telor Power,
Betul bah ko dusun????

********

ஜ miss klanika ஜ
er.. ni pon baru pertama kali pergi. tapi tak berapa banyak makanan tradisi yg di perkenalkan..

*******


LiTtLe^m3

nda pa bah.. balik sabah nanti ada can juga tu :D

*****

Yana Halim,
haha.. tu makanan tradisi, tapi org dulu-dulu ja makan. org sekarang nda makan sudah tu .. rasanyalah!

******

Adie,
oh.. bisaya pula. my step mum bisaya tau. n aku tau lah sikit ckp bisaya :D
haha.. ya. ambuyat aku pndai makan adie :D

*******

Iffah,
haha.. tulah. Tapi nda heranlah kan sini ramai non muslim :D

*****

Encik Kopi Pasta,
haha.. dia description pasal x tahu namanya kekekeek.. lupa tanya bah!

buaya kan karnivor. kita mana boleh makan spesis karnivor :D